Pengenalan

Masalah alkohol dan dadah adalah masalah khusus dan memerlukan kepakaran yang khusus juga. Ia memerlukan program yang dibentuk khas dalam bidang pengurusan, pendidikan pencegahan, dan juga pemulihan. Dengan adanya program khas sebegini diharapkan akan lahir kumpulan yang mahir dan pakar yang dapat memberikan impak yang kukuh kepada pengurusan, pendidikan, pencegahan dan khidmat pemulihan.

Dalam menangani permasalahan ini, USIM mengorak langkah menawarkan program fleksi bertaraf Sarjana yang bermatlamat untuk melahirkan kumpulan pakar di kalangan kaunselor/personalia dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, pemulihan dan rawatan dalam alkohol dan dadah di negara ini.

Kumpulan Sasaran

Kaunselor, Pegawai Psikologi, Kaunselor Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Guru, Pegawai AADK, Pegawai Penjara, Pegawai Polis, Pegawai Tentera,  Pekerja Sosial, Pegawai Pembangunan Sumber Manusia, Pegawai Kebajikan, Pegawai JAKIM, Pegawai Perubatan, Pegawai Kesihatan, Pegawai Belia dan Sukan, Ahli Badan Bukan Kerajaan dan mereka yang terlibat dalam aktiviti pendidikan pencegahan, rawatan, pemulihan,  penjagaan lanjutan dan bidang berkaitan dengan penyalahgunaan  dadah.

 


HEBAHAN TERKINI!

KURSUS DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH /
SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) SESI 2012/2013

- Iklan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia  (KLIK DI SINI)

- Iklan Kementerian Pelajaran Malaysia  (KLIK DI SINI)