105
KRA 4
Membentuk Modal Insan yang Inovatif dan Budaya Kerja yang Gemilang
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Sasaran Pembangunan Modal Insan adalah kepuasan kerja staf melebihi 80% yang
merangkumi Projek Pengambilan, Projek Pembangunan Kerjaya dan Projek Penilaian
Prestasi.
Projek Pengambilan
Permohonan perjawatan di USIM diproses melalui laman web secara dalam talian
yang dikenali sebagai eIRIS. Semua maklumat yang dihantar akan disimpan di dalam
pangkalan data eIRIS. Status permohonan akan sentiasa dikemas kini oleh sistem
mengikut proses yang dilakukan. Matlamat eIRIS dibangunkan untuk mempercepatkan
proses pengambilan staf akademik dan pentadbiran melalui capaian maklumat lebih
pantas, simpanan maklumat lebih selamat (
storage of documents
) dan mengurangkan
kos percetakan serta kos upahan pekerja sambilan.
Jadual 4.11 dan 4.12 menunjukkan bilangan staf mengikut status jawatan iaitu tetap,
kontrak dan sementara serta jumlah waran dan pengisian sehingga Disember 2012:
Jadual 4.11: Bilangan Staf Mengikut Status Jawatan
STATUS JAWATAN
BILANGAN STAF
Tetap
973
Kontrak
269
Sementara
94
Jumlah
1336
Jadual 4.12: Jumlah Waran dan Pengisian
WARAN DAN PENGISIAN
JUMLAH
Jumlah waran
1158
Jumlah Pengisian
1336
Jumlah Pelantikan Berwaran
1071
Projek Pembangunan Kerjaya
Projek Pembangunan Kerjaya adalah program yang menumpukan usaha ke arah
pembangunan dan mempertingkatkan prospek kerjaya staf dan meningkatkan
kemahiran pengetahuan yang diperlukan khususnya dalam pembangunan diri dan
kerjaya staf bagi mencapai penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti.
Kenaikan Pangkat
Kenaikan pangkat adalah peningkatan secara hakiki dari satu gred ke gred yang
lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan
Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat. Seksyen Kenaikan Pangkat merupakan
sebahagian daripada struktur Bahagian Modal Insan, Jabatan Pendaftar yang