LAPORAN TAHUNAN 2012 : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) - page 46

46
Jaminan Kualiti (Akademik)
USIM mensasarkan KPI untuk mencapai melebihi Tier 4 dalam Sistem Penarafan Institusi
Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA’11). Walau bagaimanapun, USIM berjaya
mencapai Tier 5 (Cemerlang) dalam SETARA’11 dan pencapaian Tier 3 (Baik) bagi
Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (
Disipline-Based Rating System,
D-SETARA) untuk
bidang Pengajian Perubatan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang
telah dilaksanakan pada Mac 2012.
Penyediaan data dan dokumen sokongan oleh PIPP bagi SETARA’11 dan D-SETARA
bermula Januari hingga Mac 2012. Penyerahan data dan dokumen sokongan bagi
SETARA’11 ke MQA dilakukan pada 15 Mac 2012 manakala penyerahan data
dokumen sokongan bagi D-SETARA’11 pada 13 April 2012.
Beberapa progam USIM di peringkat Sarjana Muda telah menampakkan impak
positif melalui pengiktirafan dalam bentuk akreditasi dan kelayakan oleh badan-badan
pemantau iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Pergigian Malaysia dan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berikut adalah senarai program yang mendapat
pengiktirafan daripada badan-badan tersebut.
Program Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang telah memperolehi Akreditasi
oleh MQA pada 3 Julai 2012 bermula dari tarikh akreditasi pada 25 September
2010.
Program Sarjana Muda Pembedahan Pergigian telah memperolehi Akreditasi MQA
dan Majlis Pergigian Malaysia pada 10 Januari 2012 bermula dari tarikh akreditasi
pada 16 April 2012 hingga 15 April 2015.
Dua program Sarjana Muda telah mendapat pengiktirafan kelayakan daripada
JPA pada Disember 2012 dan telah tersenarai dalam Daftar Kelayakan Malaysia
(MQR) sebagaimana berikut:
Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
(JPA (L)S. 180/8/1-96 Klt.9(4) - 24/09/2012 bertarikh 3 Oktober 2012)
Sarjana Muda Pentadbiran dan Hubungan Korporat dengan Kepujian
(JPA (L)S. 180/8/1-96 Klt.9(5) - 24/09/2012 bertarikh 3 Oktober 2012)
USIM terus mengembangkan program akademik peringkat pascasiswazah dari
semasa ke semasa. Sebanyak empat program baharu Sarjana dalam mod campuran
ditawarkan mulai Sesi Akademik 2012/2013 iaitu:
Sarjana Sains (Sains Aktuari)
Sarjana Sains (Matematik Kewangan)
Sarjana Sains (Pengurusan Risiko)
Sarjana Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat)
I...,36,37,38,39,40,41,42,43,44,45 47,48,49,50,51,52,53,54,55,56,...170
Powered by FlippingBook