Program Tamhidi USIM (Warganegara)

PENGENALAN Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli. USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga. Pendekatan yang ditampilkan oleh USIM, merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli). Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman yang komprehensif serta menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa. 85 Fakta Berkaitan -Fakulti Pengajian Quran & Sunnah -Fakulti Syariah & Undang-Undang -Fakulti Kepimpinan & Pengurusan -Fakulti Ekonomi & Muamalat -Fakulti Sains & Teknologi -Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan -Fakulti Pergigian -Fakulti Pengajian Bahasa Utama -Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina FAKULTI-FAKULTI Penawaran lebih daripada Program Akademik AHLI ALUMNI Lebih daripada PENGAJIAN ISLAM, QURAN DAN SUNNAH KESENIAN ISLAM, SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN SAINS ISLAM, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN Falsafah pendidikan yang unik, iaitu INTEGRASI ILMU NAQLI & AQLI UNIVERSITI AWAM ISLAM PERTAMA & Universiti Awam ke-12 dalam Malaysia Bahasa Pengantar kami, BAHASA INGGERIS & ARAB LOKASI STRATEGIK 47KMdari KualaLumpur Kemenjadian graduan yang HOLISTIK, BERKEUSAHAWANAN & SEIMBANG berdasarkan penilaian GIINA (Model Integrasi ilmu Naqli & Aqli dalam kalangan siswazah) iaitu berhampiran dengan KLIA, Putrajaya, Cyberjaya & Kuala Lumpur 37.5KMdari Putrajaya 37.4KM dariKLIA Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyediakan pelajar bagi kemasukan ke program Sarjana Muda di USIM dalam bidang-bidang kompetitif. Calon bagi program ini adalah daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kemasukan dan memperolehi keputusan cemerlang.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=