Amanat Tahun 2014 - Naib Canselor USIM - page 14

14
PengukuhanAgenda
Integrasi IlmuNaqli &Aqli
Pada usia yang disifatkan masih muda dan perlu melalui
banyakproseskematangan,USIMpadaawal tahun2013 telah
diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
sebagai peneraju Konsortium Institusi Pengajian Tinggi
Islam bagi Kualiti Akademik dan Penyelidikan Lanjutan atau
dikenali sebagai i-IQRA’. Negara meletakkan harapan yang
tinggi untuk melihat konsortium ini dapat memperkasakan
program akademik dan pengajian Islam yang bukan sahaja
terhad kepada institusi pendidikan dalam negara tetapi turut
menjangkau manfaatnya di peringkat serantau dan rakan-
rakan di dalamOIC.
Selaku peneraju, USIM sebenarnya lebih awal daripada itu
telah menggerakkan inisiatif dengan dua rakan strategik
ASEAN iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA),
Brunei dan Institut Studi Islam Darussalam (ISID), Gontor,
Indonesia dalam penganjuran Seminar Serantau Institusi
Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI) bermula pada tahun 2012
dan kini telah memasuki edisi ketiga. Kerjasama yang telah
sedia terjalin ini akan terus diperkukuhkan untuk membantu
memperluaskan rangkaian dan mengangkat jenama i-IQRA’
ini ke peringkat antarabangsa.
1...,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13 15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,...88
Powered by FlippingBook