32
PengukuhanAgenda
Integrasi IlmuNaqli &Aqli
harus melakukan transformasi di luar norma (business
unusual) dan perlu melihat cara operasinya supaya mampu
bersaingdi pasaranpengajian tinggi duniadanmasihmenjadi
tempat menimba ilmu. Dengan krisis ekonomi kita juga
lihat bahawa industri sudah mula menentukan (dictate) ke
mana arah universiti. Untuk menjadi relevan, universiti telah
menyediakan kursus untuk memastikan pelajar mendapat
kerja dan semakin lama mata pelajaran liberal arts seperti
falsafah, sejarah, pemikiran kritikal kesemuanya yang tidak
relevan atau sukar untuk mendapat pekerjaan sudah tidak
diminati pelajar. Sebenarnya kursus sebeginilah yang akan
mengajar pelajar bagaimana hendak menilai maklumat yang
banyak yangmerekahadapi di dalam internet.Merekabanyak
membacablog, facebook, twitterdanseumpamanyasehingga
tidak lagi mampumenilai manamaklumat yang boleh diguna
dan yangmana yang tidak berasas.
“Inotherwords,without studies in
liberal artswhich include Islamic
studies and values, when faced
with information overload, the
society can no longer differentiate
noise from signal”.