56
PengukuhanAgenda
Integrasi IlmuNaqli &Aqli
• Pemantapan Integrasi IlmuNaqli danAqli
Apabila semua rakan kita datang keUSIMuntuk berguru, kita
perlu menunjukkan bukti tentang apa yang telah dilakukan
pada kurikulum kita yangmencerminkan integrasi ilmu Naqli
dan Aqli dalam penyampaian kursus tersebut kepada pelajar,
apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh universiti
untukmemastikan tenaga pengajar daripada pelbagai disiplin
ilmu faham tentang apa yang dimaksudkan dengan integrasi
ilmu Naqli dan Aqli dan bagaimana patut kita reka kurikulum
tersebut. Perlukah kita memperkasakan pengajian Halaqah
pada pelajar? Pendek kata kita perlu sediakan kerangka
(framework)untukmenghasilkankurikulumyangmempunyai
integrasi ilmuNaqli danAqli.
Bagi kakitangan bukan akademik pula, apakah latihan yang
mereka perlukan untuk membantu mereka menjalankan
tugas, memahami dan membantu universiti dalam usaha
ke arah integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Pihak pentadbiran dan
pengurusan juga harus melakar bagaimana mewujudkan
ekosistem, prasarana serta polisi pentadbiran yang
mencerminkan integrasi ilmuNaqli danAqli di dalamkampus.
Bagi pelajar daripada aliran agama dan daripada luar
negara apa pula usaha yang ingin dilakukan supaya pelajar
juga memahami falsafah universiti yang mereka bakal
menempuhinya.