80
PengukuhanAgenda
Integrasi IlmuNaqli &Aqli
sahsiah sehingga penyediaan perkhidmatan. Keunikan ini
membezakan USIM dari mana-mana institusi berteraskan
Islamdi dunia ini. Justeru, kitaperlumemanfaatkankekuatan
yangkitaada inidanbekerjakearahbudayadankualiti institusi
yang tertanamdenganpandangan Islam sejagat dalam setiap
sudut.Makahasil yangkitaakanperolehi nanti adalahsebuah
komuniti USIM yang berjiwa global.
Dengan itu, USIM mewajibkan pelajarnya hendaklah
sekurang-kurangnya sekali dalam sepanjang pengajian
untuk terlibat dengan program pengantarabangsaan. Ia
boleh atas tiket GISO, latihan industri, lawatan ilmiah dan
sebagainya. Ini penting supaya pelajar kita dapat menimba
satu pengalaman lain kerana pengalaman merupakan guru
terbaik dalammematangkan seseorang individu. Namun kita
sedar, program seumpama ini memerlukan perbelanjaan
tertentu. Dengan yang demikian, sebagai tanda komitmen
untuk menyuburkan lagi program pengantarabangsaan
pelajar, USIM telahmenubuhkan Skim Pembiayaan Program
Pengantarabangsaan Pelajar ataupun Matching Grant for
OutboundMobilityProgramme.Denganskim ini, pelajar yang
memenuhi kriteria dan syaratnya, Universiti akanmenambah
RM450 lagi dan pelajar kini mempunyai RM900 untuk
menampung program pengantarabangsaan yang disertai.