Background Image
Previous Page  4 / 38 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 4 / 38 Next Page
Page Background

KATA PENGANTAR NAIB CANSELOR

يم

ِ

ح

َّ

الر

ِ

ن

َ

م

ْ

ح

َّ

الر

ِ

اﷲ

ِ

ــــــــــــــــم

ْ

س

ِ

ب

Saya ingin mengambil kesempatan ini

untuk merakamkan ucapan tahniah

atas inisiatif Jabatan Pendaftar yang

telah berjaya menerbitkan Buku Kod

Etika Pakaian Staf Universiti Sains Islam

Malaysia (USIM) edisi ketiga untuk tahun

2016.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman

supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang

haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah

mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang

zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher

bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka

memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami

mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak

mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka,

atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak

bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-

perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari

orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada

perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang

aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk

diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang

yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(An-Nuur 24:31)

Bersesuaian dengan ayat ini , Islam telah menekankan agar setiap

Muslimsentiasaberadabdenganberpakaiankemas danmenutup

aurat. Perkara ini bukan sahaja melambangkan keperibadian

muslim itu sendiri, malah ianya mampu menjadikan muslim itu

dihormati masyarakat, menjadi muslim yang berakhlak mulia

serta dicintai Allah SWT.

Penerbitan Buku Kod Etika Pakaian edisi ketiga ini adalah selari

dengan hasrat Universiti yang ingin menjadi sebuah Universiti

rujukan global berteraskan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli melalui

langkah penjenamaan dan pemposisian. Pengenalan baju

korporat USIM antaranya dilihat mampu memberikan imej dan

penjenamaan kepada USIM agar staf USIM sentiasa kemas dan

berimej profesional pada setiap masa. Selain itu, beberapa input

juga ditambahbaik dalam edisi terbaru ini bagi memastikan

peraturan ini selari dengan pemakaian peraturan terkini yang

sedang berkuatkuasa.

Besarlah harapan saya agar Buku Kod Etika Pakaian Staf USIM ini

akan memberikan manfaat kepada warga USIM melalui panduan

yang diberikan.

Salam hormat

PROFESOR DATO’ DR. MUSA AHMAD

Naib Canselor

Universiti Sains Islam Malaysia