Background Image
Previous Page  5 / 38 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 5 / 38 Next Page
Page Background

PRAKATA PENDAFTAR

يم

ِ

ح

َّ

الر

ِ

ن

َ

م

ْ

ح

َّ

الر

ِ

اﷲ

ِ

ــــــــــــــــم

ْ

س

ِ

ب

Assalammualaikum WBT dan Salam

Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi atas limpah

kurniaNya, Jabatan Pendaftar telah berjaya

menerbitkan Buku Kod Etika Pakaian

Staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) edisi ketiga

untuk tahun 2016. Penghasilan buku ini amat signifikan

dengan perubahan yang dinamik di Universiti ini mencakupi

perubahan peraturan dan juga peredaran masa serta

kepelbagaian staf di USIM.

Sebagai agen kepada sistem penyampaian dan perubahan,

staf USIM perlu mempamerkan imej dan penampilan diri

yang baik. Cara berpakaian melambangkan keperibadian

staf serta nilai-nilai etika kerja yang murni. Oleh itu, USIM

amat menekankan aspek bukan sahaja kecemerlangan dari

segi pentadbiran, pengajaran, penyelidikan dan sebagainya,

bahkan USIM turut menitikberatkan penampilan dan

ketrampilan staf bagi memastikan imej USIM dibawa dengan

baik tanpa menolak keperluan dan nilai-nilai seorang Muslim

dan Muslimah yang telah digariskan.

Dengan ini, besarlah harapan saya agar Buku Kod Etika

Pakaian Staf USIM ini menjadi panduan dan rujukan staf dan

dipatuhi sepenuhnya bagi mempertingkatkan lagi imej dan

keterampilan staf di USIM serta sekaligus meningkatkan imej

penjawat awam secara total.

Selamat bertugas.

Salam hormat

MUHAMMAD HAIZUAN ROZALI

Pendaftar

Universiti Sains Islam Malaysia