Background Image
Previous Page  7 / 38 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 7 / 38 Next Page
Page Background

7

KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

1.0 Tujuan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan

sebuah

Universiti

Islam

Malaysia

yang

menginspirasikan paduan integrasi ilmu naqli dan

aqli sebagai bidang bitara di kalangan universiti

awam Malaysia. Penubuhannya bertujuan untuk

memartabatkanpendidikanIslamsertamembawanya

dalam arus perdana pendidikan negara dengan

menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam

sistem pengajaran dan penyelidikannya. Di samping

menekankanpenyampaiankualiti perkhidmatanyang

cemerlang, USIM turut menitikberatkan penampilan

dan keterampilan stafnya bagi memberikan imej

yang baik kepada Universiti tanpa mengabaikan nilai-

nilai seorang Muslim dan Muslimah yang digariskan.

Kod Etika Pakaian Staf USIM ini dibangunkan untuk

menjelaskan secara terperinci tatacara berpakaian

bagi seseorang staf di USIM selain bertujuan untuk

menetapkan jenis pakaian yang sesuai dan kemas

dipakai semasa bekerja dan semasa menghadiri majlis-

majlis rasmi. Keterampilan bersesuaian dan kemas

ini perlu dengan imej USIM sebagai sebuah Universiti

berteraskan ilmu Naqli dan Aqli.

KOD ETIKA

PAKAIAN STAF USIM