English Version
 Arabic Version
Version Francaise
    >> Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia>>Aktiviti
>>>
  E-mail | USIM Website | FMS 


 Latarbelakang


 
Pengurusan INFAD

 
Misi

 
Matlamat

 
Aktiviti
 
Keunikan INFAD

 
Struktur Organisasi
 Tugas dan Fungsi
 Buletin INFAD

 
Panggilan sumbangan

 
Capaian Lain

 

 

 


    Tugas dan Fungsi Setiap Bahagian

  
Terdapat 8 bahagian di bawah INFAD, iaitu:
  1. Bahagian Penyelidikan

  2. Bahagian Perundingan dan Khidmat Kepakaran

  3. Bahagian Perhubungan dan Jaringan Antarabangsa

  4. Bahagian Penerbitan

  5. Bahagian Seminar dan Wacana

  6. Bahagian Sumber dan Dokumentasi

  7. Bahagian ICT dan Sistem Pengurusan Fatwa

  8. Bahgian Pembangunan Ijtihad


   1. Bahagian Penyelidikan

  • Merancang tajuk-tajuk penyelidikan jangka pendek dan jangka panjang selaras dengan objektif, bidang tujahan dan ceruk penyelidikan INFAD.

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti penyelidikan INFAD.

  • Berusaha menerusi perancangan strategik bagi mendapatkan dana penyelidikan dari Institusi-institusi dalam dan luar negara.

  • Menyediakan daftar penyelidikan yang dilakukan oleh individu-individu atau badan-badan lain di dalam dan luar negara berkaitan fatwa.

  • Memikirkan dan melaksanakan langkah-langkah kerjasama dengan badan-badan penyelidikan fatwa lain di dalam dan luar negara.

 
   2. Bahagian
Perundingan Dan Khidmat Kepakaran

  • Mengenalpasti dan merancang jenis-jenis perkhidmatan yang boleh ditawarkan dan memasarkannya kepada masyarakat.

  • Menyediakan pakej-pakej khidmat rundingan dan modul-modul latihan kepada institusi-institusi fatwa dan organisasi-organisasi lain yang berminat.

  • Merancang aktiviti-aktiviti bagi memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan dengan fatwa dan isu-isu semasa perundangan Islam.

  • Mengumpul dan menyediakan maklumat berkaitan fatwa yang dikeluarkan dan prosedur pengeluaran dan penguatkuasaan fatwa di Malaysia dan di negara-negara Islam lain.

 
   3. Bahagian
Perhubungan Dan Rangkaian Antarabangsa

  • Memperkenalkan INFAD sebagai pusat pengurusan dan penyelidikan berwibawa, diiktiraf dan dihormati.

  • Mengadakan hubungan kerjasama dengan semua badan-badan fatwa tempatan dan antarabangsa.

  • Merancang bentuk dan aspek kerjasama dengan semua badan fatwa dan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat berkaitan fatwa secara berterusan.

  • Mengenalpasti badan-badan fatwa dan penyelidikan serta tokoh-tokoh berkaitan di peringkat antarabangsa dan memanfaatkan mereka bagi memajukan INFAD.

  • Menyediakan maklumat berkaitan INFAD dan kegiatan-kegiatannya dari masa ke semasa dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu bagi tujuan publisiti.


   4. Bahagian Penerbitan
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti penerbitan INFAD.

  • Menerbitkan maklumat penyelidikan dan hasil penulisan lain berkaitan fatwa yang difikirkan sesuai dari dalam dan luar negara.

  • Menerbitkan siri penerbitan INFAD dalam bentuk jurnal, laporan penyelidikan, prosiding kertas kerja, monograf dan buku.

  • Menerbitkan buletin, panduan INFAD dan laporan terkini kegiatan dan perkembangan INFAD secara berterusan.

 
   5. Bahagian Seminar Dan Wacana

  • Menggerak dan menganjurkan seminar dan wacana intelektual secara sendiri atau kerjasama berkaitan berbagai-bagai aspek fatwa secara berterusan di peringkat INFAD, kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

  • Menjemput atau mengundang tokoh-tokoh terkenal atau pakar-pakar dari dalam dan luar negara untuk memberi syarahan berkaitan fatwa dan isu-isu berkaitan.

  • Mengenalpasti dan merekodkan seminar-seminar berkaitan yang diadakan di tempat-tempat lain di peringkat nasional dan antarabangsa dan berusaha mendapatkan kertas kerja dan resolusi yang dicapai.

  • Menghantar peserta/pembentang/penyelidik ke seminar-seminar berkaitan di semua peringkat sama ada di dalam atau di luar negara.


   6. Bahagian Sumber Dan Dokumentasi
  • Mendokumentasi hasil-hasil seminar, wacana dan muzakarah berkaitan fatwa.

  • Mengumpul, menyusun, mengklasifikasi dan melengkapkan segala bahan dan dokumen berkaitan fatwa yang dikeluarkan dan diterbitkan di seluruh dunia.

  • Bekerjasama dengan pihak Perpustakaan Induk USIM dan mewujudkan rangkaian dengan Perpustakaan lain dan badan-badan fatwa dan penyelidikan antarabangsa.

  • Mewujudkan bentuk kerjasama dengan badan-badan yang berkaitan fatwa di Malaysia bagi memperolehi dokumentasi berkaitan fatwa secara berterusan dan terkini.

  • Berusaha mewujudkan dan melengkapkan koleksi tersendiri yang akan menjadi pusat rujukan terunggul dan terkini kepada para penyelidik dan badan-badan fatwa dan penyelidik lain dari dalam dan luar negara.

 
   7. Bahagian ICT Dan Sistem Pengurusan Fatwa

  • Merancang dan menentukan keperluan ICT bagi mengurus segala maklumat yang berkaitan dengan fatwa.

  • Merancang bagi mewujudkan pengkalan fatwa global yang cekap dan pantas dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.

  • Mengurus, memantap dan memajukan lagi sistem pengurusan fatwa (Fatwa Management System) yang melibatkan perolehan perkakasan, data, rangkaian dan capaian.

  • Memantapkan laman web INFAD dan mengemaskini maklumat dari masa ke semasa.
  • Bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain di bawah INFAD ke arah merealisasikan matlamat INFAD untuk menjadi pusat rujukan fatwa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  
   8
. Bahagian Pembangunan Ijtihad
  • Merancang dan melaksanakan pengumpulan maklumat, penilaian dan pengembangan mengenai Ijtihad secara komprehensif dan sistematik.

  • Merancang dan melaksanakan penyelidikan mengenai ijtihad yang dibahagaikan kepada beberapa aspek, antaranya ialah ‘Penyelidikan Konsep dan Metod Ijtihad’, ‘Penyelidikan Hasil-Hasil Ijtihad Baru dan Lama’ serta ‘Penyelidikan Perbandingan’.

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti Latihan dan Wacana Ilmu bertujuan untuk mencapai objektif yang telah digariskan.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti penyebaran maklumat dengan memanfaatkan ICT dan penerbitan dalam bentuk jurnal, buku, majalah, buletin dan lainnya.

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti Bahagian Pembangunan Ijtihad, INFAD.

Atas

Copyright © 2006 INFAD USIM - All Right Reserved.