-
Menjalankan
penyelidikan berhubung dengan konsep, kepentingan dan hubungan fatwa
dengan keperluan semasa dalam sejarah perundangan Islam dan masa
kini.
-
Mengkaji berbagai-bagai badan atau institusi fatwa, fungsi,
organisasi, governan, kedudukan dan peranannya dalam masyarakat dan
negara-negara Islam.
-
Mengkaji fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan di seluruh dunia dari
segi kaedah, landasan dan pertimbangan yang digunakan dalam
mengeluarkan sesuatu hukum serta sebab-sebab berlaku perbezaan dan
kesannya dalam pembangunan sosial, politik dan ekonomi umat Islam.
-
Mengkaji proses pengeluaran dan mekanisme penguatkuasaan fatwa dari
sudut perundangan di negara-negara Islam dan di kalangan minoriti
Islam.
-
Mewujud dan mengemaskini koleksi penerbitan, penyelidikan dan
kumpulan data berkaitan fatwa yang dihasilkan di seluruh dunia bagi
merealisasikan sebuah pusat sumber yang lengkap dan terkini.
-
Mengkaji dan menganalisa berbagai-bagai jenis fatwa yang dikeluarkan
di seluruh dunia dan mengklasifikasikannya mengikut jenis fatwa, isu
dan persoalan, tarikh dan tempat ia dikeluarkan dan institusi yang
mengeluarkannya.
-
Mengkaji kaitan dan penerimaan fatwa dalam dasar-dasar pentadbiran,
perundangan dan kehakiman negara-negara Islam pada masa dahulu
hingga sekarang.
-
Mengkaji keunikan dan kemungkinan kelainan fatwa-fatwa yang
dikeluarkan berdasarkan perbezaan tempat dan suasana di negara Islam
dan bukan Islam serta dalam masyarakat majoriti dan minoriti Islam.
-
Menyedia, memasar dan menawarkan pakej-pakej perkhidmatan
perundingan dan maklumat serta nasihat kepakaran dan modul-modul
latihan kepada badan-badan kerajaan dan swasta atau masyarakat Islam
pada umumnya yang berminat berkaitan fatwa dan hukum Islam.
-
Mendapat dan menempatkan para penyelidik terkemuka serta
pelajar-pelajar lanjutan bagi menjalankan aktiviti penyelidikan,
seminar dan wacana berkaitan fatwa.
-
Menjalankan aktiviti penerbitan dan pendokumentasian hasil-hasil
penyelidikan, penulisan dan perundingan berkaitan fatwa yang
dihasilkan oleh INFAD dan aktiviti-aktiviti yang dijalankannya
dari semasa ke semasa.
-
Merancang dan menganjurkan seminar-seminar bagi membincangkan
isu-isu yang berkaitan dengan fatwa dan menghantar pegawai atau
tenaga penyelidik menghadiri dan membentang kertas-kertas kerja di
seminar-seminar atau persidangan yang berkaitan.
-
Merancang aspek-aspek keperluan ICT dan membina kandungan dan
maklumat yang diperlukan bagi pengkalan e-fatwa.
-
Menjalankan
penyelidikan dan pengembangan hasil Ijtihad tertentu serta
mengemukakan pandangan hukum Islam mengenai masalah-masalah baru
secara proaktif.