English Version
 Arabic Version
Version Francaise
    >> Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia>>Jurnal
>>>
  E-mail | KUIM Website | FMS 


 Latarbelakang


 
Pengurusan INFAD

 
Misi

 
Matlamat

 
Aktiviti
 
Keunikan INFAD

 
Struktur Organisasi
 Buletin INFAD
 Panggilan sumbanga
n

 
Capaian Lain
           

JURNAL PENGURUSAN DAN PENYELIDIKAN FATWA

PANGGILAN UNTUK SUMBANGAN DAN MAKLUMAT KEPADA PENYUMBANG


klik untuk versi pdf

Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa adalah sebuah jurnal berwasit yang diterbitkan oleh Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ianya diterbitkan setiap tahun, pada bulan Julai. Objektif utama penerbitannya ialah untuk mewujudkan saluran maklumat dan penyelidikan untuk penerbitan asli artikel, hasil penyelidikan, kajian kes, analisa fatwa dan ulasan buku berkaitan fatwa yang berasaskan kepada kajian dan pemikiran asal pengarang yang berkaitan dengannya.

Pihak editorial mengalu-alukan sumbangan asli penulis (di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab) yang tidak pernah diterbitkan atau dipertimbangkan untuk penerbitan di dalam mana-mana penerbitan.  

Jurnal ini menyediakan forum antarabangsa untuk membincangkan idea dan pengalaman yang berkaitan dengan pembangunan dan aplikasi Fatwa di seluruh dunia.

Tema-Tema  Umum:

  • Konsep Fatwa

  • Sejarah Perkembangan Fatwa

  • Pengurusan Fatwa

  • Kedudukan Fatwa di Negara-Negara Islam dan Bukan Islam

  •  Fatwa dan Masyarakat

  • Aspek Perundangan dan Penguatkuasaan Fatwa

  • Penyelidikan dan Penerbitan Fatwa

  • Ulasan Buku dan Perundangan Berkaitan Fatwa

  • Analisis Berbagai-Bagai Jenis Fatwa

  • Pembangunan Ijtihad 

Sumbangan boleh dibuat dalam salah satu bentuk berikut:

  1. Artikel (15 – 25 mukasurat)

  2. Ulasan fatwa (tidak melebihi 10 mukasurat), dan

  3. Ulasan buku (tidak melebihi 10 mukasurat)

Manuskrip

Manuskrip di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab hendaklah ditaip dengan format selang satu setengah baris (1.5) pada sebelah muka surat bersaiz A4 menggunakan font Times New Roman saiz 12 dan saiz 10 untuk nota kaki, dan font Traditional Arabic saiz 16 untuk tajuk dan saiz 12 untuk nota kaki. Tiga (3) salinan manuskrip hendaklah dihantar untuk dipertimbangkan. Semua artikel akan disemak melalui ‘double-blind review’ oleh editor bebas. Jikalau manuskrip itu diterima untuk diterbitkan, dua (2) salinan manuskrip disertakan bersama satu salinan disket (Microsoft Word) hendaklah disediakan.

Penulis

Penulis hendaklah menyediakan serba ringkas biodata mereka iaitu nama penuh mereka, jawatan yang dipegang, organisasi, kelayakan akademik, alamat, alamat e-mail dan bidang penyelidikan yang diminati.

Copyright

Penyumbang hendaklah bertanggungjawab berkenaan dengan copyright sumbangan mereka.

Rujukan

Penyumbang hendaklah menggunakan gaya USIM.
(
KLIK DI SINI- Adobe® PDF-1.7MB)

Abstrak

Setiap artikel hendaklah dilampirkan bersama abstrak Bahasa Inggeris. Abstrak hendaklah tidak mengandungi lebih daripada 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah lengkap kandungannya.

Tarikh Akhir

Sumbangan bagi keluaran pertama hendaklah selewat-lewat diterima oleh Ketua Editor sebelum atau pada 30 April tahun tersebut. Manakala, sumbangan penerbitan seterusnya akan diterima secara berterusan.

Manuskrip hendaklah dihantar kepada:

Ketua Editor
Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa
Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Aras 1, Bangunan Fakulti Syariah dan Undang-undang
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel : 06-7988590 / 8413
Fax : 06-7988591

Email: infad_usim@yahoo.com.my


   
 

Copyright © 2006 INFAD USIM - All Right Reserved.