|

Latarbelakang
Idea awal penubuhan INFAD dicetuskan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Mohd
Yusof Hj Mohd Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) USIM. Hasrat
penubuhan INFAD oleh USIM telah diumumkan kepada orang ramai melalui
sidang akhbar pada 6 Ogos 2002. Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa
Peringkat Tinggi USIM yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Prof. Dato’ Dr
Abdul Shukor Husin, Naib Canselor USIM pada 9 Ogos 2002 telah bersetuju untuk
melantik satu jawatankuasa khusus bagi penyediaan kertas cadangan bagi
penubuhan institut ini. Perlantikan Jawatankuasa ini telah dibuat oleh
Y.Bhg Dato’ Naib Canselor pada 27 Ogos 2002. Kertas cadangan penubuhan telah
dipersetujui dalam Mesyuarat Senat ke-11 pada 18 Oktober 2002 dan
seterusnya telah diluluskan dalam mesyuarat ke-6 Lembaga Pengarah
Universiti USIM pada 28 November 2002.
Penubuhan INFAD adalah selaras dengan perancangan USIM untuk
mewujudkan beberapa pusat kecemerlangan, dan seiring dengan matlamat
penubuhan USIM, iaitu bagi meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan
Islam yang unggul, bersesuaian dengan persekitaran dan teknologi
terkini.
INFAD dirasmikan pada 26 Mei 2003 oleh Y.Bhg. Brig. Jen. (B) Dato’
Seri Abdul Hamid Hj. Zainal Abidin, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri pada waktu itu.

Tarikh Akhir Kemaskini: 11 Februari 2010 |