|
PELANCARAN PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN |
|
|
|
Written by usr
|
|
Friday, 22 August 2008 |
PELANCARAN PROGRAM PENGGALAKKAN SUKAN & KECERGASAN PERINGKAT UNIVERSITI 2008 ANJURAN PUSAT SUKAN USIM
TARIKH : 23 OGOS 2008 (SABTU) MASA : 9.00 PAGI LOKASI : KOMPLEKS SUKAN USIM PELBAGAI AKTIVITI SEPERTI : FUTSAL, BOLA JARING, BOLA TAMPAR, DEMO SENI BELA DIRI, TAEKWONDO, SILAT PAINTBALL DAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SELAIN HADIAH & CABUTAN BERTUAH TURUT DISEDIAKAN SEMUA WARGA KAKITANGAN DAN KELUARGA USIM DIJEMPUT HADIR |
|
|
LIGA BOLA SEPAK 5 SEBELAH & BOLA JARING USIM BERMULA |
|
|
|
Written by usr
|
|
Wednesday, 06 August 2008 |
|
6 Ogos 2008 - Semalam bermula Kejohanan Liga Bola Sepak 5 sebelah dan Bola Jaring USIM 2008. Kejohanan tersebut telah menarik minat sebanyak 29 pasukan dari kategori lelaki dan wanita bagi Bola Sepak 5 sebelah dan 11 pasukan bola jaring wanita. Kejohanan bola sepak 5 sebelah yang menggunakan format futsal itu bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dikalangan pelajar tahun 1 dan kakitangan yang boleh diserapkan dalam pasukan utama futsal USIM. Kejohanan yang bermula semalam akan berterusan pada setiap malam selasa dan rabu sehingga 28 ogos ini. kepada warga USIM yang meminati acara berkenaan, datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan anda. |
|
|
KLINIK BOLING PADANG DI BAYUMAS |
|
|
|
Written by usr
|
|
Tuesday, 15 July 2008 |
|
15 Julai 2008 - Pusat Sukan akan memulakan aktiviti semester ini dengan penganjuran Klinik Sukan Boling Padang (Lawn Bowl) yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Boling Padang Bayu Mas Kelang pada 26 Julai ini. Program ini bakal melibatkan kerjasama dengan Persatuan Lawn Bowl Malaysia (PLBM) yang akan dikendalikan oleh jurulatih dan atlet pelapis negara yang akan membimbing peserta dari USIM. Klinik sehari ini akan melibatkan teori dan pengenalan sukan berkenaan dan juga mini pertandingan disebelah petang. Peserta akan dikenakan yuran sebanyak RM 20 termasuk makan, minum, kenderaan ke lokasi dan sijil yang dikeluarkan oleh PLBM. Program ini juga akan menjadi asas kepada pemilihan atlit dan yang berminat untuk menjadi jurulatih atau pengadil permainan di masa akan datang.
Kepada yang berminat boleh menghubungi Pusat Sukan ditalian 06-798 6134/6133. Warga USIM jangan lepaskan peluang ini, sertai kami dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang semester ini............ |
|
Last Updated ( Tuesday, 15 July 2008 )
|
|
|
PUSAT SUKAN TAWAR KHIDMAT PINJAMAN BASIKAL |
|
|
|
Written by usr
|
|
Friday, 11 July 2008 |
|
10 Julai 2008 - Bagi menggalakkan warga kampus khususnya pelajar dan kakitangan agar sentiasa cergas, Pusat Sukan USIM menawarkan perkhidmatan pinjaman basikal untuk kegunaan dalam kampus kepada warga pelajar dan kakitangan yang ingin berurusan didalam kampus sama ada ke bangunan fakulti atau pentadbiran. Dengan kos petrol yang semakin meningkat, perkhidmatan ini bakal menjadi alternatif kepada para pelajar untuk menjalani urusan seharian semasa di kampus.
Bagi yang berminat, urusan peminjaman boleh dilakukan dengan mengisi borang tempahan dan pengambilan basikal melalui pejabat Pusat Sukan di bangunan Kompleks HEP. Pinjaman adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang disediakan. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 06-798 5134/6133/6132 BERBASIKAL LEBIH MUDAH, LEBIH MURAH DAN ANDA SENTIASA CERGAS |
|
Last Updated ( Friday, 11 July 2008 )
|
|
|
PELBAGAI AKTIVITI SEPANJANG JULAI & OGOS INI DI PUSAT SUKAN |
|
|
|
Written by usr
|
|
Friday, 04 July 2008 |
|
4 Julai 2008 - Pusat Sukan USIM bakal menganjurkan pelbagai aktiviti bercorak sukan dan rekreasi sepanjang bulan Julai dan Ogos ini bagi memenuhi permintaan warga USIM yang inginkan cabaran gaya hidup sihat dan kecergasan.
Antara aktiviti yang bakal dianjurkan ialah :
JULAI
Klinik Ultimate Frisbee 9 Julai 2008 (Rabu ) 5.00 petang Kompleks Sukan USIM
Klinik Boling Padang 26 Julai 2008 ( Sabtu & Ahad ) 9.00 pagi-5.00 petang Kompleks Sukan Negara Lawn Bowl Bukit Kiara KL
OGOS
Klinik Penggalakan Sukan Futsal Wanita 2-3 Ogos 2008 ( Sabtu & Ahad ) 9.00 pagi Kompleks Sukan USIM USIM 5 Side Soccer* 5-28 Ogos 2008 Kompleks Sukan USIM
LIGA BOLA JARING USIM 2008 5-28 Ogos 2008 Kompleks Sukan USIM
Klinik Sukan Paintball 9 Ogos 2008 ( Sabtu ) 9.00 pagi Akademi Paintball Petaling Jaya
Pelancaran Program Penggalakkan Sukan & Kecergasan Peringkat Universiti 2008 23 Ogos 2008 ( Sabtu) 8.30 pagi Dataran Kolej Kediaman Nilam Court Untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus di talian 06-798 6134/6133/6132/6131 atau melalui email
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG.. TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA PELAJAR DAN STAF USIM.. |
|
Last Updated ( Tuesday, 08 July 2008 )
|
|
|
KLINIK ULTIMATE FRISBEE PADA 9 JULAI INI |
|
|
|
Written by usr
|
|
Thursday, 03 July 2008 |
|
3 Julai 2008 - Pihak Pusat Sukan akan menganjurkan Klinik Asas Ultimate Frisbee yang akan dikendalikan oleh Team Ultimate Frisbee yang terdiri dari para pelajar yang aktif menyertai kejohanan Ultimate Frisbee dari Amerika Syarikat. Klinik 2 jam ini akan dikendalikan oleh Mr Douglas Ladner , Aaron, Allbrooks, Josh & Smith. Kepada warga USIM pelajar dan kakitangan yang berminat, boleh menyertai sesi tersebut seperti buturan berikut : TARIKH : 9 JULAI 2008 ( RABU ) MASA : 5.00 PETANG LOKASI : KOMPLEKS SUKAN USIM sekiranya hujan sesi akan beralih lokasi di Stadium Tertutup SEMUA WARGA USIM DIJEMPUT HADIR DENGAN BERPAKAIAN SUKAN YANG LENGKAP...... |
|
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
|
|
|
USIM & UTEM BAKAL TUAN RUMAH BERSAMA SUKAN MASUM 2010 |
|
|
|
Written by usr
|
|
Wednesday, 02 July 2008 |
|
2 Julai 2008 - Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menurut sumber tidak rasmi mencadangkan USIM dan UTeM sebagai tuan rumah bersama Sukan MASUM 2010. Sukan MASUM 2008 baru-baru ini telah dikendalikan bersama oleh UM dan UMS yang melibatkan jumlah hampir 5000 orang atlet dan pegawai. Ibarat seperti penganjuran Euro 2008 antara Austria dan Swiss, Sukan MASUM 2010 bakal menyaksikan penglibatan 2 universiti dan dua negeri iaitu Negeri sembilan dan Melaka... kepada peminat sukan dan para atlit boleh bersedia dari sekarang bagi memperlengkapkan diri dengan persediaan untuk menjadi tuan rumah MASUM nanti...Melaka juga bakal mencatat sejarah bagi penganjuran SUKMA edisi ke 13 pada tahun 2010 nanti. |
|
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
|
|
|
SAJIAN ISTIMEWA PROGRAM PUSAT SUKAN JULAI & OGOS INI |
|
|
|
Written by usr
|
|
Wednesday, 02 July 2008 |
|
2 Julai 2008 - Dengan penampilan imej dan pendekatan baru sejak dinaik taraf kepada Pusat Sukan 1 Jun lalu, Pusat Sukan (PS) bakal menganjurkan pelbagai program dan aktiviti dalaman kepada seluruh warga USIM mahasiswa dan pelajar bagi memastikan penglibatan aktif warga USIM dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Antara aktiviti yang bakal dilangsungkan adalah : 1. Pelancaran Program Penggalakan Sukan USIM 2. Festival 5 side Soccer 3. Klinik dan Program Penggalakan sukan & Rekreasi seperti : a. Klinik Memanah b. Klinik Lawn Bowl c. Klinik Paintball Kepada warga USIM jangan ketinggalan mengikuti perkembangan maklumat terkini program melalui laman utama pusat sukan http://infosukan.usim.edu.my atau pertanyaan melalui
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
SERTAI KAMI....JANGAN KETINGGALAN.................. |
|
Last Updated ( Wednesday, 02 July 2008 )
|
|
|
PUSAT SUKAN RAIKAN MAHASISWA BARU SESI 2008/2009 |
|
|
|
Written by usr
|
|
Wednesday, 02 July 2008 |
|
Bagi pihak warga Pusat Sukan mengucapkan SELAMAT DATANG dan Selamat Menempuhi Dunia Baru kepada warga mahasiswa USIM yang mendaftarkan diri ke USIM baru-baru ini..... pesan kami ...CERGASKAN BADAN, AKTIFKAN DIRI, CERDASKAN MINDA.... |
|
|
UNIT SUKAN & REKREASI USIM KINI DIKENALI SEBAGAI PUSAT SUKAN USIM |
|
|
|
Written by usr
|
|
Monday, 16 June 2008 |
|
Berkuatkuasa 1 Jun 2008 Unit Sukan & Rekreasi Bahagian Hal Ehwal Pelajar kini dinaik taraf sebagai Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selaras dengan hasrat dan matlamat untuk memajukan sukan diperingkat warga kampus termasuk pelajar dan kakitangan : Berikut disertakan alamat dan direktori Pusat Sukan USIM yang baru : Pejabat Am
PUSATSUKAN d/a BANGUNAN KOMPLEKS BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA BANDAR BARU NILAI 71800 NILAI NEGERI SEMBILAN
Tel : 06-798 6134 / 6133 / 6132 Fax : 06-798 6135 / 6154 Website : http://infosukan.usim.edu.my Email :
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
|
|
Last Updated ( Wednesday, 02 July 2008 )
|
|
|
PROGRAM BIMBINGAN SUKAN & KECERGASAN |
|
|
|
Written by usr
|
|
Wednesday, 30 January 2008 |
PROGRAM BIMBINGAN SUKAN & KECERGASAN
Bermula pada 1 Februari hingga penghujung April ini pihak Unit Sukan & Rekreasi akan menganjurkan program Bimbingan Sukan & Kecergasan bagi memasyarakatkan penggunaan dan pembudayaan aktiviti sukan dan kecergasan di Kompleks Sukan dan Stadium USIM . Program ini akan dijalankan pada setiap petang selepas waktu berkerja serta terbuka kepada semua warga USIM termasuk para pelajar, kakitangan dan ahli keluarga. Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih sambilan berpengalaman yang dilantik oleh USIM.
Jadual Aktiviti dan Program Bimbingan Sukan dan Kecergasan HARI | MASA | JENIS PERMAINAN | LOKASI | ISNIN | 5.30-7.00 PTG | SEPAK TAKRAW | KOMPLEKS SUKAN |
SELASA | 5.30-7.00 PTG | BOLA TAMPAR TENIS BOLA JARING BADMINTON | KOMPLEKS SUKAN
STADIUM USIM | RABU | 5.30-7.00 PTG 8.30-10.30 MLM | SENAM CERGAS SILAT SENI | KOMPLEKS SUKAN STADIUM USIM | KHAMIS | 5.30-7.00 PTG 8.30-10.30 MLM | SEPAK TAKRAW BADMINTON
| KOMPLEKS SUKAN STADIUM USIM | JUMAAT | 5.30-7.00 PTG | FUTSAL TENIS | KOMPLEKS SUKAN |
Untuk sebarang makluman dan pertanyaan sila berhubung dengan Pn. Saleza atau En. Sulaiman di talian 8359/8362/8363 . Semua di jemput untuk menyertai......
|
|
Last Updated ( Friday, 20 June 2008 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>
|
| Results 1 - 31 of 137 |