|
25 Jun 2008 - Kerja-kerja pembinaan bangunan tetap Perpustakaan USIM telah meningkat sehingga 70.18% dengan masa berlalu sebanyak 438 hari berbanding 546 hari. Bangunan yang mempunyai 4 aras ini dilengkapi dengan sistem wireless dan kemudahan peralatan ICT yang terkini. Bangunan yang serba moden ini turut menyediakan 4 laluan keluar dan masuk dengan menggunakan gabungan teknologi Barrier Gate dan Security Gate bagi mengawal dan memantau keluar masuk pengguna serta peminjaman bahan Perpustakaan. Dengan gabungan teknologi sebegini dapat membantu pengurusan Perpustakaan dalam memantau serta mengatasi masalah kehilangan dan kecurian bahan Perpustakaan.
|
|
Berita Penuh...
|
|
|
Perpustakaan USIM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Kumpulan Perpustakaan Islam Malaysia (KPIM) akan menganjurkan World Congress of Muslim Librarians and Information Scientists (wCOMLIS) 2008 yang akan diadakan: Tarikh : 25-27 November 2008 Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Secara umumnya, wCOMLIS 2008 dianjurkan bagi membincangkan isu-isu berkaitan perpustakaan di kalangan profesional maklumat Islam dari seluruh dunia. Ia bertujuan untuk membina jalinan kerjasama pada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan sejagat dan cuba untuk mewujudkan jaringan komunikasi melalui kongres, forum dan lain-lain. Ia memberi fokus utama kepada membantu di antara satu sama lain melalui kaedah-kaedah yang akan memantapkan penghantaran maklumat kepada yang memerlukannya. Ia juga bertujuan untuk memelihara persaudaraan Islam di kalangan profesional maklumat. Untuk maklumat lanjut layari laman web wCOMLIS dialamat http://www.wcomlis.org/. |
|
Berita Penuh...
|
|
|