Assalamualaikum wrt wbt.
Salam Ukhuwwah, Salam Persahabatan .
Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS buat semua pelajar USIM yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka di dalam pemilihan MPP baru-baru ini. Saudara-saudari telah mengangkat nama USIM sebagai IPT peratusan tertinggi ( 94.38% )mengundi seluruh IPTA di Malaysia. Ini telah menambahkan lagi keyakinan serta kesungguhan kita untuk mengorak langkah dalam membina citra universiti kita dengan “penjenamaan baru” sebagai status universiti penuh. Saya yakin dengan penjenamaan baru ini akan menambahkan lagi semangat kita untuk lebih berusaha dan beriltizam menjadi yang terunggul di setiap lapangan yang kita ceburi.
Sesi ini adalah sesi ke-7 MPP “bernyawa” dihati mahasiswa USIM. Pada sesi kali ini, MPP diperkuatkan dengan 24 orang Exco dan kami telah merombak serta menggabungkan beberapa biro supaya dapat memberi nafas baru kepada MPP USIM. Dengan Motto “ MESRA, PROGRESIF, PRIHATIN ” moga-moga dapat menggarap serta merealisasikan cita-cita Universiti untuk melahirkan pelajar yang bertaraf World Class.
Dalam sesi kali ini, saya cuba memberi penekanan kepada 5 tonggak utama iaitu Kebajikan Pelajar, Budaya ilmu & intelektual, Intergrasi Pelajar, Pengantarabangsaan dan Memperkasa Pembangunan Modal Insan. Saya percaya dengan komitmen semua sahabat-sahabat saya di USIM ini serta sokongan dan dorongan dari pihak pengurusan universiti kita mampu mencorakkan warna-warna kecemerlangan dan menjadikan USIM sebagai pusat pengurusan ilmu dan terknologi maklumat yang terunggul di pentas antarabangsa.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan agar dapat memberi sokongan serta bersama-sama dalam setiap program MPP. Saya percaya untuk menjadikan mahasiswa USIM yang “competent” maka kesepaduan ilmu samada ilmu akademik dan ko-kurikulum perlu selari sebagai “value added” dalam melahirkan mahasiwa yang mempunyai personaliti unggul.
“ MPP BERSAMA ANDA”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
"MESRA, PROGRESIF,PRIHATIN"