UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil.

Skim Perkhidmatan

Gred Skim

Taraf Jawatan

Penempatan

Skop Tugas

1.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

FA29

Kontrak (Project Based)

Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab membantu Pegawai Teknologi Maklumat dalam membangunkan sistem iaitu membuat pengaturcaraan bagi modul/proses sistem yang diperlukan, menguji sistem-sistem dan program-program yang dibangunkan dan membuat pembetulan (jika perlu), membantu dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem,memberi latihan kepada pengguna sistem, membantu di dalam penyediaan dokumentasi sistem yang dibangunkan serta lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2.

Pembantu Operasi

H19

Kontrak

Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan.

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi Sistem Pengambilan Kakitangan E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 22 September 2017 (Jumaat).  Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  3. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988114/8113.

Tarikh tutup permohonan : 5 Oktober 2017 (Khamis)