NILAI, 16 April 2017 – Penganjuran Asian University Arcery Championship (AUAC) 2017 diklasifikasikan berjaya meskipun julung kalinya berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr Musa Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada urusetia yang dikelolakan Pusat Sukan USIM dalam memastikan kejohanan berjalan lancar.

“Kita mendapat pujian dari Asian University Sport Federation dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)bagi penganjuran kali ini”.

Kejohanan ini dilihat memberi pendedahan kepada para pegawai dan para pelajar sendiri cara pengurusan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan SEA 2017.

Sementara itu, beliau turut memberi bayangan tentang Nilai akan dijadikan sebagai National Archery Centre selain kesediaan USIM menjadi venue bagi Kejohanan Sukan SEA pada  Ogos nanti.

“Sebenarnya Pusat Sukan USIM bertaraf antarabangsa dan kita tidak menolak kemungkinan akan ada acara Sukan SEA berlangsung di USIM dan sekiranya ia berlaku, itu merupakan satu pengiktirafan buat USIM sebagai salah satu Universiti Awam (UA) di  Malaysia, ” katanya selepas Majlis Penutupan AUAC 2017 petang semalam.

204 atlet dari 12 buah negara antaranya Taipei, Singapore, Nepal, Philippines, Iran, Mongolia, Hong Kong, Macau, Sri Lanka, Afghanistan dan P.R China, samaada dari IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Perguruan dan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi lain lagi telah menyertai kejohanan AUAC yang pertama kali diadakan dan juga bagi kejohanan 3 on 3 Basketball Championship. Malaysia selaku tuan rumah menghantar 35 atlet dan pegawai bagi merebut pingat yang ditawarkan.

Disediakan oleh:
Muhammad Shahrul Naim Mohd Tokiman
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204