Nama penuh: Muhammad Hazimi Asyraf Bin Rusli
Nama panggilan: Jimmy
Asal: Kelantan
Tarikh Lahir: 12 Ogos 1994
Bilangan dalam adik-beradik: anak bongsu dari empat beradik
Hobi: Melukis, surf internet, tengok movie
Jurusan pengajian ketika di universiti: 1. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
Nama penuh ayah: Rusli bin Mahmood
Nama penuh ibu: Rohana Bt Mohktar
Pekerjaan Ayah: Pensyarah Maktab Kota Bharu
Pekerjaan Ibu: Suri rumah tangga

Meminati seni lukis sejak kecil lagi tidak menghalang Muhammad Hazimi Asyraf Rusli untuk mengembangkan minat beliau dalam karya-karya lukisan khat walaupun sekarang masih menuntut dalam bidang yang berlainan.

Hazimi kini pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) kini sedang menjalani latihan industri di Jabatan Kimia Malaysia cawangan Kelantan.

“Saya mula aktif meminati seni khat sekitar tahun 2 pengajian di USIM setelah mula melihat karya-karya rakan-rakan lain di media sosial. Antara seni khat yang paling saya minati adalah  khat diwani jali kerana bentuk tulisannya yang unik dan menarik dalam pelbagai bentuk”.

“Kemahiran dalam bidang ini bukannya suatu perkara yang mudah, perlu suatu jangka masa dan proses pembelajaran yang panjang selain perlu memperbetulkan kaedah-kaedah penulisan  huruf dan mendapatkan pandangan serta komen dengan orang yg lebih pakar dalam bidang”, jelas Hazimi.

“Saya melihat bidang ini, jarang menarik generasi muda untuk belajar berbanding dengan seni budaya yang lain. Seni ini amat istimewa kerana mempunyai nilai yang tersendiri dan seni yang agak lama, kalau tak dihidupkan semula, kemungkinan seni ini akan dilupakan oleh generasi akan datang”, ujarnya lagi.

Beliau turut bercadang meluaskan lagi produk seni ini (tidak terhad atas kertas sahaja) seperti pada baju, keychain/buttonbadge, casing smartphone, kad kahwin, selain menyimpan hasrat besar untuk memperkembangkan perniagaan ini atas jenama beliau kelak.

“Jika ada peluang kerjaya saya dalam bidang sains pula, saya akan terima dengan harapan untuk berkhidmat kepada masyarakat”, tambah Hazimi yang tidak terlalu memilih kerjaya demi masa hadapannya.

Beliau kini telah menghasilkan lebih 100 keping lukisan yang telah mendapat tempahan dari seluruh negeri.