NILAI, 18 OGOS 2017 – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berlangsung hari ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat USIM diadakan bertujuan memupuk semangat patriotik dan kecintaan negara dalam kalangan pelajar dan kakitangan USIM.

Bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa, sambutan kali ke 60 ini diharapkan dapat menyemarakkan rasa kebanggaan warga USIM kepada tanah air yg dicintai selain sentiasa bermuhasabah diri mensyukuri nikmat kedamaian yang dinikmati.

“Segala keamanan, pencapaian yang dikecapi masa kini perlulah kita sentiasa bersyukur hasil daripada pengorbanan dan keperitan yang berjuang demi pertahankan negara,” ucap Dato’ Hassan Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Tambahnya lagi dalam menghayati bait-bait lagu Negaraku, diharapkan agar warga USIM menyemai kesedaran dan sama-sama mengibarkan jalur gemilang untuk kerana ia adalah tuntutan utk mempertahankan tanah air kita.

Manakala Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad dalam ucapan perasmian menggalakkan warga USIM untuk menghargai erti kemerdekaan dan bersama menyertai acara yang diatur oleh universiti. Beliau turut menzahirkan rasa cinta melalui bacaan puisi, Negeri Bertuah Ini.

Tetamu undangan Muhammad Muqharrabin Mokhtaruddin, 35 tahun merupakan anak keempat dari 16 adik beradik juga hadir berkongsi pengalamannya dalam siri Menjelajah Kutub Utara sebagai boleh menjadi idola negara yang wajar dicontohi. Beliau bermula dengn Ekspedisi Gunung Everest pada 2004,bermotosikal menjelajah 21 negara pada 2007-2008 dan menyimpan impian utk mencapai ekspedisi 7 benua pada 2010-2014.

Pemegang Diploma Sains Sukan ini mula berminat menceburi bidang sukan sejak tingkatan 1 dan menggalakkan aspek semangat serta sikap positif dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada warga USIM selain komited dan meletakkan Allah yang paling tertinggi di dalam setiap urusan.

Antara acara lain yang diatur sepanjang sambutan bulan kebangsaan termasuklah Bicara Bulan Kebangsaan, Pertandingan Wefie dan Poster Bulan Kebangsaan, Bacaan Puisi Kebangsaan, Khutbah Jumaat Edisi Bulan Kebangsaan, Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat, Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan dan Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan.

Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8142/8027/6284 Faks : 06-798 8204