INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI

INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI

usimnilai2

Model pendidikan di USIM adalah berlandaskan kepada beberapa prinsip asas yang mengintegrasikan Sains Islam dengan Sains Sosial dan Fizikal yang bukan sahaja memberikan pemahaman secara menyeluruh mengenai cabaran global semasa, malah menawarkan kaedah baharu dalam mendekati dan menyelesaikannya. Nilai universal terdapat dalam nilai-nilai Islam dan sejarah juga telah membuktikan bahawa nilai-nilai ini boleh dikongsi oleh manusia sejagat; hidup bersama secara harmoni dengan saling menghormati dan bersikap toleransi sesama manusia. Ini juga merupakan usaha ke arah mengembalikan semula nilai-nilai ilmu saintifik dan teknologi oleh sarjana Muslim dahulu dan terus memacunya ke hadapan.

Nilai-nilai ini telah diterapkan kepada para graduan USIM sehingga mereka menjadi profesional dan pakar rujuk dalam bidang masing-masing. Mereka juga turut bersedia untuk menyumbang dan membuat perubahan kepada masyarakat sejagat.

USIM bertekad cemerlang dalam tiga landasan melalui program akademik dan penyelidikan. Antaranya ialah:

Pengajian Islam, Quran dan Sunnah
Sains Islam, Teknologi dan Kejuruteraan
Kesusasteraan Islam, Sains Sosial dan Kemanusiaan

Ketiga-tiga landasan ini disokong oleh lima (5) Pusat Kecemerlangan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan persekitaran penyelidikan.

model-NA-BM

Tokoh / Pengurusan Tertinggi USIM

Dari sudut pandangan

Y.Bhg Prof. Dato Dr. Musa Ahmad
Naib Canselor