KOLABORASI DAN JARINGAN

KOLABORASI (JARINGAN INDUSTRI & INSTITUSI)

USIM menjalankan pelbagai program sama ada diperingkat tempatan dan antarabangsa, secara outbound mahupun inbound dengan pelbagai pihak. Jalinan kerjasama strategik USIM diperkembangkan melalui jalinan MoU dan MoA dengan pelbagai institusi dalam dan luar negara. Kerjasama ini memaparkan kesungguhan USIM dalam membantu mencapai objektif USIM’16 dan juga USIM’25 terutamanya dalam aspek akademik, penyelidikan dan program libat sama komuniti yang dijalankan oleh pelajar dan staf USIM. Antara program-program jalinan industri yang dijalankan meliputi aktiviti yang berikut:

  • Kerjasama Rakan Strategik yang dimeterai melalui perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan rakan universiti dan organisasi syarikat di dalam dan luar negara. Kerjasama strategik yang dimeterai mengkhususkan bidang penyelidikan dan pembelajaran dalam mempertingkatkan kualiti dalam bidang-bidang kritikal.
  • Program mobility yang memberi peluang staf dan pelajar membuka minda dan pandangan terhadap suasana kehidupan masyarakat tempatan dan antarabangsa terutamanya golongan minoriti Islam di negara lain
  • Program latihan industri pelajar USIM di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi melengkapkan pelajar menjadi graduan USIM yang seimbang dan holistik
  • Program pemindahan kredit di universiti dalam dan luar negara.
  • Lawatan tempatan dan antarabangsa ke USIM mahupun lawatan USIM ke luar negara bagi berkongsi keunikan dan falsafah USIM yang menjadi daya penarik pihak luar untuk memahami dan mempelajari model Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli
SENARAI MoA & MoU

PENGANTARABANGSAAN

USIM memperkenalkan konsep ‘Alamiyyah sebagai wadah penjenamaan dan pemposisian yang konsisten dan efektif. Konsep ‘Alamiyyah yang diperkenalkan bagi memastikan USIM terus menyinar dan kekal relevan di persada antarabangsa. Dalam konteks ini, USIM komited dalam memberikan perspektif global dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Pendekatan unik USIM kepada pendidikan yang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli dalam semua keperluan kehidupan di kampus berdasarkan pandangan global menjadi teras aktiviti kurikulum, pengajaran dan penyelidikan universiti bagi membentuk warga universiti yang bersifat ‘Alamiyyah (antarabangsa).

Maklumat lanjut...

PENDIDIKAN BERTERUSAN

Sepanjang tahun 2014, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah dalam jalinan strategik dengan sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM yang dimulakan sejak tahun 2010 semakin menampakkan hasil yang membanggakan dengan pelbagai program telah diadakan bersama pihak sekolah terbabit seperti penganjuran seminar, program akademik dan kem kepimpinan, program pemantapan bahasa serta penglibatan secara langsung sekolah-sekolah terbabit dalam program rasmi USIM. Sehingga kini, USIM telah mengiktiraf sebanyak 9 buah Sekolah Kluster dan 15 buah Sekolah Angkat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 24 buah sekolah setakat ini. Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM (kecuali Sekolah Kluster Sekolah Rendah) terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Menengah (SAM), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Program Ulul Albab (MRSM).

USIM DI NEGERI SEMBILAN

Keakraban USIM bersama kerajaan Negeri Sembilan diperkuatkan dengan beberapa projek kerjasama yang dijalankan bersama. Sebagai Menteri Mentor USIM,
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sentiasa memberikan sokongan pada aktiviti yang diadakan di USIM. Sepanjang tahun, USIM melaksanakan lebih daripada 50 aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) di semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.

Klik untuk memaparkan buku

Klik untuk memainkan video