PROGRAM SEKOLAH KLUSTER
Perubahan persekitaran yang berbeza telah mendorong Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melaksanakan satu langkah permuafakatan yang menggabungkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan institusi sekolah di dalam sebuah program sekolah angkat IPTA. Sekolah-sekolah Kluster yang cemerlang ditindikkan kepada IPTA yang berperanan sebagai mentor kepada sekolah di dalam bitara sekolah masing-masing. Rangkaian kerjasama strategik antara IPTA dan Sekolah Kluster antara lain membolehkan pihak sekolah menggunakan kemudahan di IPTA di samping para pelajar sekolah boleh ditempatkan di dalam program akademik, kemahiran insaniah dan keusahawanan IPTA. Guru-guru sekolah juga dapat menyertai dan menjayakan program-program khas persekolahan, kaunseling, bimbingan dan motivasi yang dianjurkan pihak IPTA.
Senarai Sekolah Kluster USIM
Bil. |
Negeri |
Nama Sekolah |
Kebitaraan Akademik |
Kebitaraan Kokurikulum |
1. | Negeri Sembilan | SMKA Sheikh Hj Mohd Said | Pendidikan Islam | Catur |
2. | Selangor | SMKA Maahad Hamidiah | Pendidikan Islam | Memanah |
3. | Negeri Sembilan | SK Seliau | Bahasa Melayu | Bola Baling |
4. | Negeri Sembilan | SK Tapak | Bahasa Melayu | Muzik |
5. | Negeri Sembilan | SK Seremban 2A, Seremban | Bahasa Inggeris | Boling |
6. | Negeri Sembilan | SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan | Bahasa Melayu | Memanah |
7. | Negeri Sembilan | SK Linggi | Bahasa Melayu | Boling Tenpin |
8. | Selangor | SAMT Sultan Hisamuddin | Pendididkan Al-Quran & As-Sunnah | Muzik & Kesenian Islam |
9. | W/P Putrajaya | SMK Agama Putrajaya | Bahasa Arab | Kesenian Islam |
10. | Negeri Sembilan | SK Port Dickson | Bahasa Inggeris | Sofbol |
11. | Negeri Sembilan | SK Seremban 2B, Seremban | Bahasa Melayu | |
12. | Perak | SMKA Sultan Azlan Shah | Bahasa Arab Bahasa Inggeris |
Agama Islam |