Aspek pembangunan dan perkembangan kerjaya merupakan salah satu tumpuan utama dalam perkhidmatan di Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya (UPKK). Terdapat pelbagai program pembangunan dan perkembangan kerjaya yang dirangka dan dilaksanakan sepanjang tahun. Kelompok sasaran peserta bagi program-program kerjaya merangkumi program-program khusus kepada persediaan kerjaya bermula dari tahun satu sehinggalah kepada tahun akhir serta program yang dilaksanakan terbuka kepada semua kelompok pelajar.

Berikut merupakan butiran lanjut tentang perkhidmatan dan program pembangunan kerjaya yang ditawarkan kepada semua pelajar :

SENARAI PROGRAM YANG DILAKSANAKAN SECARA BERKALA DI SEMUA FAKULTI :

NAMA PROGRAM SASARAN
Jom Rancang Jelajah Fakulti Semua pelajar tahun satu di seluruh fakulti :

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Fakulti Sains dan Teknoloogi
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Fakulti Pergigian
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Modul :

  • Profiling Minat Kerjaya
  • Perkongsian bersama alumni-alumni yang telah berjaya di dalam pelbagai bidang mengikut fakulti masing-masing
Jom Kerja Jelajah Fakulti Semua pelajar tahun akhir yang bakal menjalani Latihan Industri:

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Fakulti Sains dan Teknoloogi
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Fakulti Pergigian
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Modul :

  • Penyediaan Resume
  • Persediaan Temuduga
  • Mock Interview


LAIN-LAIN PROGRAM KERJAYA :

NAMA PROGRAM SASARAN
Takaful Career Development Program (TCDP) Terbuka kepada semua pelajar yang berminat menceburi bidang perancangan harta dan kewangan secara professional.
Modul :

  • FASA I :
    Ujian Profiling (LIMRA TEST)
    Seminar Motivasi Kerjaya
  • FASA II :
    Kursus Pensijilan Takaful
  • FASA III :
    Peperiksaan TBE (Takaful Based Examination)
Kickstart To Be Number 1 Khusus kepada pelajar tahun akhir yang mendapat PNGK 2.5 dan ke bawah dan berpeluang menjalani Latihan Industri di syarikat-syarikat yang disenaraikan.
Modul :

  • Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja
  • Kemahiran Penyelesaian Masalah Tahap Tinggi
  • Kepimpinan di Tempat Kerja
  • Kemahiran Bahasa Inggeris di Tempat Kerja & Perniagaan
  • Penyediaan Bajet dan Kewangan
  • R.I.G (Resume, Grooming dan Interview)
Get That Job Terbuka kepada semua pelajar di seluruh fakulti
Modul :

  • Merungkai Misteri Resume
  • Mempengaruhi Panel Temuduga Melalui Teknik NLP
  • Skrip Temuduga & Soalan Relevan
  • Saya Menang Temuduga

NOTA :

  • Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Nurliyana Mohamed Razali, Pusat Alumni dan Kerjaya. Hubungi 06-798 6148 atau emel ke nurliyana@usim.edu.my