Perpustakaan USIM telah dibuka sejak tahun 2000 bersama dengan kewujudan Universiti. Dalam tempoh 15 tahun, Perpustakaan USIM terus memainkan peranan yang penting dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan di USIM. Perpustakaan secara aktif menyediakan bahan maklumat yang relevan, membekalkan akses kepada pangkalan data dan maklumat secara elektronik, serta memberi khidmat nasihat kepada seluruh warga yang memerlukan maklumat. Sebagai gedung ilmu dan gudang khazanah pengetahuan berasaskan Islam, Perpustakaan menyuburkan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli seiring dengan gagasan yang digarap oleh universiti dalam segenap perkara.

Perpustakaan USIM menyediakan kemudahan untuk warga universiti dengan pelbagai koleksi  dengan lebih 11 ribu Koleksi Bahan Bersiri, lebih 4 ribunaskah  Koleksi Khas, lebih 92 ribu naskah Koleksi Rak Terbuka, kira-kira 3 ribu bahan Multimedia 6 buah Manuskrip 6 buah dan sumber elektronik (Digital Library, e-book dan e-Journal) menjadikan jumlah keseluruhan bahan rujukan mencapai hamper 130 ribu.