Logo

Logo 2016-10-20T08:52:37+00:00
  • Motif logo korporat Universiti Sains Islam Malaysia dilambangkan melalui sebuah kubah beserta dengan lima bintang atau “Arabes”.
  • Tulisan ‘USIM’ diringkaskan dan dibentuk menjadi sebuah rehal yang membawa maksud landasan atau pelantar.
  • Pelantar atau landasan ini melambangkan Universiti Sains Islam Malaysia sebagai wadah penyampaian ilmu kepada pelajar-pelajarnya.
  • Kubah yang terletak di tengah tengah logo melambangkan sebuah institusi Islam yang berdaulat dalam menyampaikan ilmu-ilmu Islam.
  • Kelima lima motif Arabes yang terletak di bawah kubah, setiap satunya membawa maksud satu rukun Islam.
  • Kalimah ini diletakkan di atas rehal bagi menunjukkan bahawa USIM sebagai dataran yang berlandaskan Islam.
  • Litar yang terletak bersebelahan tulisan USIM pula bermaksud sains dan teknologi yang dibawa bersama dalam menyampaikan ilmunya.
Hanya 3 pilihan daripada logo dibenarkan untuk digunakan. Selain daripada ini adalah dilarang sama sekali.
Untuk memuat turun logo, klik di sini