Naib Canselor 2017-03-08T10:48:21+00:00

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Selamat datang ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua pihak yang berkunjung ke portal rasmi USIM ini. Sebagai “pintu masuk” pertama ke Universiti ini, kami sedaya upaya memastikan maklumat di dalam portal ini sentiasa terkini dan relevan. Juga, ia telah diberikan wajah baharu supaya lebih mesra pengguna dan memudahkan capaian. Saya berbesar hati mengalu-alukan sebarang pandangan, reaksi dan maklumbalas bagi meningkatkan lagi mutu persembahan dan kualiti kandungan pintu masuk maya kami ini.

Apa jua latar belakang anda yang mengunjungi laman portal rasmi USIM ini, sama ada individu perseorangan, kakitangan atau pelajar USIM, mewakili sektor awam atau swasta, industri, NGO dan sebagainya, anda semua adalah berharga dan bernilai buat kami.

Selamat melayari portal rasmi USIM ini dan semoga maklumat yang dipaparkan dapat memberi manfaat.

WASSALAM

sign-dnc

PROF. DATO’ DR. MUSA AHMAD
VICE-CHANCELLOR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Dari meja Naib Canselor

Minda & Idea

110 pelajar graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara

Oktober 13th, 2017|Categories: Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

NILAI, 11 Oktober 2017 – 110 pelajar terdiri dari pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menamatkan program Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) Tahap I dan II dalam satu sesi Majlis Graduasi yang diadakan [...]

SUKSIS USIM main peranan cegah jenayah bersama PDRM

Oktober 12th, 2017|Categories: Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

NILAI – Para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) boleh membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mencegah berlakunya kes jenayah dengan dengan menyalurkan maklumat penting kepada pihak [...]

Pakar pendidikan dan pemikir Islam dilantik anggotai Panel Penasihat PERMATA Insan USIM

Oktober 11th, 2017|Categories: Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

NILAI, 11 Oktober 2017 - PERMATA Insan merupakan salah satu program yang dibangunkan di bawah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pendidikan berkualiti bagi anak-anak yang mempunyai tahap kecemerlangan mental yang tinggi. Dalam usaha memperkasakan program PERMATA [...]

Pertemuan USIM bersama pejabat Atase Kebudayaan Kedutaan Oman

Oktober 7th, 2017|Categories: Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

NILAI, 6 Oktober 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan pertemuan dengan Atase Kebudayaan Kedutaan Oman, Tuan Salam Yahya Al Mandhari di Kuala Lumpur. Delegasi USIM ini diketuai oleh Naib Canselor sendiri iaitu [...]

Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 12: Harapan belanjawan 2018

Oktober 6th, 2017|Categories: In our words|

Di dalam artikel-artikel yang saya pernah saya tulis sebelum ini, fokus utama yang sering ditekankan ialah tentang perancangan kewangan individu di mana setiap individu perlu merancang belanjawan mereka untuk memastikan [...]

Video Pilihan

110 pelajar graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara

NILAI, 11 Oktober 2017 – 110 pelajar terdiri dari pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menamatkan program Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) Tahap I dan II dalam satu sesi Majlis Graduasi yang diadakan di Dewan Kuliah Utama FPQS.

USIM merupakan IPTA pertama menawarkan KDTS yang ditawarkan secara terbuka sepanjang satu semester bermula pada tahun 2015.

Dekan FPQS, Prof. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff dalam ucapannnya melahirkan rasa bangga dan berbesar hati dalam pelaksanaan program ini apabila USIM terpilih sebagai rakan kerjasama Yayasan Faqeh. Program ini merupakan satu inisiatif yang bagus untuk mendedahkan pelajar kepada dunia OKU Pekak melalui modul yang dibangunkan oleh Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa.

“Program ini juga mampu memberi nilai tambah dan kemahiran insaniah kepada para pelajar khususnya dalam konteks menyampaikan ilmu agama kepada golongan istimewa. Penawaran KDTS juga telah mencipta fenomena baharu dalam dunia seni dakwah di mana penubuhan kumpulan Nasyid Tanpa Suara pertama seumpamanya dalam kalangan pelajar iaitu SaF al-Isharah pada Mac 2016. SaF al-Isharah berperanan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap naluri berhibur dalam kalangan OKU Pekak melalui penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), ekspresi muka dan bahasa badan.”

KDTS dibahagikan kepada dua tahap. Tahap I merupakan peringkat asas pendedahan terhadap golongan Pekak (budaya dan bahasa), latihan asas kaedah pengajaran menghafaz AL-Quran bagi OKU Pekak melalui kaedah Tahfiz Akhyar dan Penulis Wahyu dan pengajaran asas  membaca Al-Quran menggunakan kod tangan berpandukan butang nombor dan warna melalui kaedah Fakih. Manakala Tahap II banyak memfokuskan kemahiran berinteraksi bersama OKU Pekak secara latih tubi dan tugasan.

Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dari pelajar yang bergraduasi bertemakan ‘Save Rohingya’.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Kluster Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Tn. Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus, Yang Dipertua Persatuan Orang-Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), En. Marzuki Ong Maliki Ong serta Presiden Persatuan Orang-Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) Pn. Sariah Ibrahim.

Disediakan oleh :
Amizul Aziz
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

SUKSIS USIM main peranan cegah jenayah bersama PDRM

NILAI – Para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) boleh membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mencegah berlakunya kes jenayah dengan dengan menyalurkan maklumat penting kepada pihak berkuasa.

Sebagai para pelajar yang mengambil kursus berasaskan kepolisan, Kor Suksis USIM boleh menjadi mata dan telinga kepada PDRM untuk melaporkan kes-kes jenayah yang berlaku di dalam kampus khususnya dan komuniti sekitar.

Saranan ini disuarakan oleh ACP Samad Yahya, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan dalam Majlis Amanat dan Angkat Sumpah Anggota Baharu Kor Suksis USIM yang berlangsung pada Rabu.

“Indeks jenayah telah menunjukkan penurunan tetapi reaksi dan persepsi masyarakat pula berlainan apabila mereka masih merasakan jenayah makin meningkat dan keselamatan tidak terjamin. Ini menjadi cabaran kepada JPJKK untuk memperbetulkan persepsi ini dan Kor Suksis boleh memainkan peranan memperbetulkan kerisauan masyarakat ini bersama kita” ucap beliau di hadapan 200 pelatih Kor Suksis yang hadir di majlis ini.

“Polis kini telah berusia melewati 200 tahun, tetapi kita sentiasa terbuka dengan segala cadangan untuk penambahbaikan kepada pasukan. Justeru saya mempelawa kepada para pelatih Kor Suksis USIM untuk menyertai pasukan PDRM selepas bergraduasi nanti kerana dengan latar belakang pendidikan agama dan disiplin beruniform yang dimiliki, pastinya ia satu kelebihan yang kita cari”, tambahnya.

Beliau turut menasihati para pelajar untuk berhati-hati dalam penggunaan media sosial untuk mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan ekstremis seperti Daesh. Menurutnya, kumpulan seperti ini sentiasa mencari peluang merekrut golongan muda khususnya yang berlatar belakangkan pengajian agama Islam dengan pandai memanipulasi media sosial untuk tujuan ini.

Dalam pertemuan ini juga, JPJKK Negeri Sembilan turut melahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan pencapaian cemerlang Kor Suksis USIM apabila menerima Anugerah Khas Ketua Polis Negara untuk Skuad Kor Suksis Terbaik dan Pelatih Terbaik Keseluruhan Universiti Awam pada baru-baru ini.

Turut bersama dalam pertemuan ini adalah Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap Komandan Kor Suksis USIM; Pegawai Kanan PDRM, Pegawai Kehormat Kor Suksis dan jurulatih.

Disediakan oleh:
Mohd Zaini Othman
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8142/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Pakar pendidikan dan pemikir Islam dilantik anggotai Panel Penasihat PERMATA Insan USIM

NILAI, 11 Oktober 2017 – PERMATA Insan merupakan salah satu program yang dibangunkan di bawah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pendidikan berkualiti bagi anak-anak yang mempunyai tahap kecemerlangan mental yang tinggi. Dalam usaha memperkasakan program PERMATA Insan ke tahap pendidikan lestari, satu panel penasihat antarabangsa telah ditubuhkan dan pakar-pakar bidang pendidikan pintar berbakat dan tokoh-tokoh pemikir pendidikan Islam kontemporari telah dilantik bagi menilai, menasihat dan menambah baik perjalanan program yang sedia ada.

Para panel penasihat PERMATA Insan yang dilantik dianggotai tokoh-tokoh pendidikan Islam dan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dari dalam dan luar negara. Ahli-ahli panel dari dalam negara terdiri daripada YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Tan Sri Dato’ Prof. Emerita Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (Perunding Kanan di Jabatan Perdana Menteri); Tan Sri Dr. Abdullah Muhammad Zin (Penasihat Agama kepada Perdana Menteri); Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman (Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia); dan Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad (Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)).

Manakala para panel antarabangsa terdiri daripada Prof. Mohammed Belaiche (Ecole Normale Supérieure, Maghribi), Dr Basil Mustafa (Oxford Centre for Islamic Studies), Prof. Dr. Dawood Abdulmalek Yahya Al Hidabi (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Hamza Yusuf (Zaytuna College), Prof. Françoys Gagné (Canada), Dr. Mariam A. Alghawi (Hamdan Bin Rashid Al Maktoum Educational Award, UAE) dan Prof. Kosugi Yasushi (Kyoto University, Japan).

Para panel penasihat yang dilantik ini akan bertemu pada esok, 12 Oktober (Khamis) sempena Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa PERMATA Insan kali pertama yang akan dipengerusikan oleh YABhg Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia selaku penaung kepada program PERMATA.

Mesyuarat yang akan berlangsung di Kolej PERMATA Insan USIM ini akan membincangkan secara mendalam aspek falsafah pendidikan, kurikulum dan strategi pengantarabangsaan program PERMATA Insan. Ia juga wadah bagi ahli panel mengiktiraf pendidikan pintar berbakat Islam dan mengangkat taraf program PERMATA Insan ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, agenda yang akan turut dibincangkan adalah mendepani cabaran arus perdana pendidikan masa hadapan serta menerokai jalinan strategik PERMATA Insan bersama institusi pendidikan dan universiti luar negara ternama khususnya. Ia bertujuan untuk membuka ruang kerjasama PERMATA Insan untuk melaksanakan pelbagai program melibatkan pelajar dan tenaga pendidiknya berkaitan bidang STEM dan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli.

Dengan adanya Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa yang dijangkakan setiap dua tahun sekali ini, ia menjadi asas kukuh untuk meletakkan halatuju perkembangan program PERMATA Insan untuk memastikan akan lebih ramai lagi generasi Islam di negara ini yang bakal diasuh dengan pendekatan Integrasi ilmu Naqli dan Aqli berfokuskan STEM yang berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Disediakan oleh:
Pusat PERMATA Insan

Dikemaskini oleh:
Mohd Zaini Othman
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8142/8027/6284 Faks : 06-798 8204

Pertemuan USIM bersama pejabat Atase Kebudayaan Kedutaan Oman

NILAI, 6 Oktober 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan pertemuan dengan Atase Kebudayaan Kedutaan Oman, Tuan Salam Yahya Al Mandhari di Kuala Lumpur. Delegasi USIM ini diketuai oleh Naib Canselor sendiri iaitu Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. Turut bersama ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dekan Pusat Pengajian Siswazah bersama pegawai kanan universiti dan Pejabat Atase Kebudayaan Oman.

Pertemuan ini diatur adalah susulan isu semasa berkaitan keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi Oman melarang pelajarnya melanjutkan pengajian di empat buah universiti tempatan termasuk USIM.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana yang mesra dan muhibah hasil hubungan erat dan mesra USIM dengan Kedutaan Oman yang sedia terjalin selama ini. Kesudian pihak pihak Atase Kebudayaan menerima kunjungan yang diaturkan hasil inisiatif USIM ini menunjukkan hasrat baik kedua-dua pihak untuk berbincang isu yang berbangkit ini secara kolektif dan inklusif.

Di dalam pertemuan ini, Naib Canselor melahirkan rasa dukacita dengan isu yang timbul dan universiti mengakui larangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Oman ini menjejaskan reputasi dan imej universiti selain menimbulkan pelbagai spekulasi dan tafsiran negatif oleh pelbagai pihak.

USIM menerima peningkatan kemasukan pelajar dari Oman saban tahun sejak 2014 dan ini sekaligus menunjukkan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Tinggi Oman dan minat yang tinggi dari pelajarnya untuk melanjutkan pengajian di sini. Larangan semasa yang dikeluarkan ini tidak menjejaskan 126 pelajar Oman yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang di USIM.

Melalui penjelasan yang diberikan, larangan ini dibuat terhadap USIM tidak berkait dengan kualiti program akademik yang ditawarkan. Ia memberi maksud yang jelas bahawa program program-program akademik USIM adalah berkualiti dan ia seiring dengan penilaian ketat yang perlu dilalui oleh universiti untuk mendapat akreditasi (pengiktirafan) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi setiap program. Universiti tidak akan berkompromi dengan kualiti pengajian yang kita tawarkan.

Ia dibuat kerana melibatkan isu-isu pentadbiran di peringkat universiti antaranya mengenai permohonan visa, pengurusan akademik dan proses kewangan. Melalui penelitian dan semakan yang dibuat, USIM mengakui terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan berpunca daripada kelemahan pentadbiran dalaman universiti manakala beberapa masalah tertentu masih dalam proses penyelesaian kerana ia berkait rapat dengan dasar semasa universiti dan agensi luar yang sedang berkuatkuasa yang memerlukan sedikit masa.

Dalam pertemuan ini juga, Naib Canselor turut mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas (task force) akan dibentuk yang terdiri keahliannya dari wakil Pejabat Atase Kebudayaan Oman dan USIM untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit antara kedua belah pihak dengan kadar segera. Selain itu, USIM akan mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari Kementerian Pendidikan Tinggi Oman mengenai tafsiran lebih jelas mengenai penarikan pengiktirafan kepada Universiti ini dan memberikan maklum balas rasmi kepada Pejabat Atase Kebudayaan terhadap setiap isu-isu yang dibangkitkan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Oman.

Universiti turut memberi penegasan dalam pertemuan ini bahawa USIM tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai agen untuk mencari dan menguruskan pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian di USIM termasuk pelajar Oman. Terdapat masalah yang timbul berpunca daripada pihak yang tidak bertanggungjawab ini sehingga mendatangkan kesulitan kepada universiti dan pelajar Oman yang terlibat. Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada akhir pertemuan, Pejabat Atase Kebudayaan menzahirkan komitmen untuk membantu universiti agar pengiktirafan ini diberikan semula kepada USIM tanpa melalui prosedur permohonan pendaftaran semula kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Oman. USIM meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat isu larangan ini dapat diselesaikan secara baik dan tidak berpanjangan dalam tempoh yang lama. USIM ingin mengekalkan hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua belah pihak dan amat mengalukan kemasukan pelajar Oman ke universiti ini pada masa hadapan selepas larangan ini ditarik balik.

Dikeluarkan oleh :

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Load More Posts