Piagam Pelanggan

Laman Utama/Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan 2016-12-19T15:10:25+00:00

USIM dengan penuh tekad dan iltizam berusaha untuk merealisasikan misi, visi dan objektif USIM agar menjadi sebuah Universiti terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu menggunakan teknologi terkini yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat selaras dengan moto “Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa”, dan dengan izin Allah S.W.T berjanji untuk memenuhi hak-hak pelanggan seperti berikut:

KEPADA PELAJAR

  • Menyediakan program pengajian berlandaskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam pelbagai bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan dan badan profesional serta menepati keperluan industri.
  • Menyediakan perkhidmatan dan prasarana terbaik berorientasikan konsep integrasi dalam menyokong proses pembelajaran dan pengajaran.
  • Memastikan pelajar bergraduat dalam tempoh yang telah ditetapkan selepas memenuhi syarat-syarat pengajian yang ditetapkan.

KEPADA STAF

  • Menyediakan kemudahan dan ruang kerja yang kondusif dan komprehensif dengan pelbagai sistem teknologi untuk melicinkan proses kerja sejajar dengan panduan pengagihan keperluan staf.
  • Menyediakan peluang latihan berorientasikan konsep integrasi Naqli dan Aqli kepada kakitangan dalam memenuhi keperluan latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun bagi membantu perkembangan kerjaya kakitangan
  • Menyediakan peluang laluan kerjaya kepada kakitangan akademik dan pentadbiran sejajar dengan objektif penubuhan universiti

KEPADA NEGARA

  • Melahirkan graduan yang berasaskan pendidikan ilmu Naqli & Aqli.
  • Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan berteraskan konsep integrasi Naqli dan Aqli yang mampu memberikan sumbangan kepada perkembangan ilmu untuk negara, ummah dan manusia sejagat.
Muat turun :
  1. Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan
  2. Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Berdasarkan (Sistem Pengurusan Kualiti) 2016