Buletin USIM

News image

KERJASAMA UNIVERSITI, INDUSTRI DAN MASYARAKAT HASIL TENAGA KERJA BERKEMAHIRAN TINGGI

Putrajaya, 19 Julai 2010 – Dalam mewujudkan kerjasama dan jalinan yang erat ...

News image

RM100,000 UNTUK TABUNG PENGANTARABANGSAAN USIM

Bandar Baru Nilai, 5 Julai 2010 – Seramai 1528 pelajar baru Sarjana ...

News image

DEBAT BAHASA ARAB DINAIKTARAF PIALA DIRAJA

Buat kali ketiga Universiti Sains Islam Malaysia bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam, ...

News image

'SELANGKAH KE UNIVERSITI' DEDAH SUASANA KAMPUS

Bandar Baru Nilai, 29 Jun 2010 – Tanggungjawab sosial Universiti dan masyarakat ...

News image

GRADUAN HOLISTIK LAHIR DARI SISTEM UNIVERSITI YANG BAIK

Bandar Baru Nilai, 23 Jun 2010 – ”Institut Pengajian Tinggi perlu ada ...

News image

PEKERJA CEMERLANG DIRAI SEMPENA MINGGU INOVASI

Bandar Baru Nilai, 15 Jun 2010 - Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah ...

News image

LAMAN WEB INTERAKTIF PERTAMA USIMONLINE

SEREMBAN 15 Jun - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul sebagai institut ...

News image

PROFESOR DATO' DR. ABDUL SHUKOR TERIMA DARJAH KEBESARAN PANGLIMA SETIA MAHKOTA

Bandar Baru Nilai, 5 Jun 2010 – Mantan Naib Canselor USIM dan ...

News image

MASUM 2010 - USIM JADI TUAN RUMAH

Bandar Baru Nilai, 30 Mei 2010 - Edisi Sukan MASUM (Majlis Sukan ...

News image

USIM , INCEIF PERKASA KEWANGAN ISLAM

Bandar Baru Nilai, 27 Mei 2010 – Dalam memperkasakan bidang kewangan di ...

News image

IRAMA GEMERSIK TIRAI BESI - Pelajar USIM, Penghuni Penjara Gabung Idea Cipta Lagu

Penjara Kajang, 19 Mei 2010 – Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan ...

News image

PROFESOR DR MUSA BIN AHMAD TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) BARU USIM

Nilai, 19 Mei 2010 – Dekan Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan ...

News image

USIM, ENVO GREEN REKA KIT UJIAN PRODUK HALAL

Bandar Baru Nilai, 4 Mei 2010 – Prinsip halal adalah salah satu ...

News image

USIM, NUTRAMEDICA JALIN KERJASAMA

Bandar Baru Nilai, 27 April 2010 – USIM sangat menekankan pembentukan graduan ...

News image

5 ANAK MUDA HASILKAN TEMPOYAK SEGERA

Durian merupakan salah satu tanaman buah-buahan yang penting di negara ini. Sebahagian ...

-
+
15
USIM JUARA PERTANDINGAN LAMAN WEB KPT 2009 Cetak Emel

Putrajaya, 24 November 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah muncul sebagai juara keseluruhan Pertandingan Laman Web Tahun 2009 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  USIM juga telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Laman Web kategori Institusi Pengajian tinggi Awam (IPTA) mendahului 19 IPTA yang lain. Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) manakala tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Putra Malaysai (UPM).

Kemenangan ini merupakan kali kedua buat USIM di mana pada tahun 2008, USIM telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Laman Web kategori IPTA. Pada tahun ini USIM berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dan menjadi juara keseluruhan hasil kerja keras Jawatankuasa Laman Web USIM yang bertungkus lumus menyumbangkan idea dan tenaga dalam proses penyediaan laman web.

Proses penilaian bagi Pertandingan Laman Web Tahun 2009 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diadakan pada bulan Mei yang lalu  dan sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan. Kategori-kategori tersebut adalah KPT/Jabatan/Agensi di bawahnya, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin yang sekaligus merasmikan Hari Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2009 di sini hari ini.

Dalam ucapan Y.B Dato’ Seri Menteri, beliau memaklumkan bahawa Sambutan Hari Inovasi adalah merupakan saranan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang meminta agar Hari Kualiti ditukar kepada Hari Inovasi.

“Inovasi adalah merupakan elemen yang penting dalam memastikan perkhidmatan yang cemerlang. Ianya perlu diterapkan kepada semua warga KPT di pelbagai peringkat, jabatan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya dalam cara berfikir dan tindakan agar relevan dengan dunia semasa”, tambah beliau lagi.

Turut hadir mewakili USIM di Majlis Hari Inovasi KPT 2009 adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Prof Dato' Dr. Muhammad Muda, Pengarah Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklumat (PPITM), Dr. Kamaruddin Sa'adan dan Pengarah Pusat Perkembangan Strategik dan Hubungan Korporat (PPSHK), Puan Putri Saniah Megat Abd Rahman.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Perhubungan Awam
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

 

Tanda Laman ini and Kongsi