Info Untuk: Pelawat/Ibubapa
| Fakulti Pengajian Quran & Sunnah |
|
|
![]() Bagi mencapai matlamat yang direncanakan serta untuk meluaskan skop pengajiannya, USIM telah menubuhkan Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah pada Sesi 2000/2001 dan mula mengambil sekumpulan pelajar sulungnya bagi satu program iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah. Adalah diharapkan fakulti ini menjadi satu lagi wadah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan, mahir dan profesional dalam bidang pengajian Quran dan Sunnah. Disamping itu, Fakulti ini juga berharap akan dapat mengembangkan lagi Syiar Islam dengan membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik dan menyebarkan pengetahuan dan hikmah yang terkandung di dalam kitab suci Quran dan Sunnah kepada masyarakat dan Negara. Bidang pengajian Quran dan Sunnah merupakan bidang yang paling dituntut dalam agama Islam kerana ia merupakan teras kepada kehidupan seorang muslim. Oleh itu, dengan tertubuhnya Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah ini ia akan menyemarakkan lagi penghayatan Quran dan Sunnah dalam kehidupan manusia yang semakin pesat dengan kemajuan teknologi dan gerakan modernisasi global. Bagi melaraskan kembali pembinaan ketamadunan yang utuh maka pembinaan akhlak tenaga manusia merupakan perkara yang paling wajib diutamakan oleh negara. Justeru, kepentingan pengajian Quran dan Sunnah ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Berdasarkan kepada kesedaran dan hasrat inilah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah komited untuk terus memartabatkan pengajian Quran dan Sunnah dalam arus perdana pendidikan negara. Antara inisiatif yang diambil oleh pihak Fakulti termasuklah menawarkan beberapa program pengajian baru yang bersifat inovatif yang mengintegrasikan antara pengajian Quran dan Sunnah yang berbentuk klasikal dengan bidang-bidang yang bersifat gunaan selaras dengan hasrat dan keperluan Negara. Justeru, mulai sesi pengajian 2005/2006, dua program pengajian baru akan ditawarkan iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dengan Multimedia (Dengan Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat (Dengan Kepujian). Kedua-dua program ini yang dilaksanakan secara kerjasama dengan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), USIM ini merupakan satu nilai tambahan kepada pelajar-pelajar aliran agama di Malaysia yang meluaskan peluang pengajian mereka di samping bidang pengajian Quran dan Sunnah yang sedia ada. MOTO : Berilmu, Berdisiplin & Bertaqwa
PROGRAM AKADEMIK YANG DITAWARKAN
|





