Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Sukan
Bangunan Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan

Tel: 06-798 6131/6133/6134 Faks: 06-798 6135/6154
Pusat Sukan

 

Pengenalan 
   
Mula  ditubuhkan pada 2 April 2001 bermula dikampus pertama di Institut Profesional Baitulmal Kampung Pandan dan memulakan operasi secara berperingkat-peringkat dan beroperasi sepenuhnya mulai semester Mei 2001/02. Unit ini yang dinamakan sebagi Unit Sukan dan Rekreasi diletakkan dibawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar  bertanggungjawab dalam pembangunan dan perancangan aktiviti bercorak sukan  dan rekreasi.  Pada 1 Jun 2008 Unit ini kemudiannya dinaik taraf sebagai Pusat Sukan USIM dan diletakkan dibawah pentadbiran Canselori selaras untuk mencapai matlamat membangunkan sukan diperingkat akar umbi dan prestasi tinggi untuk seluruh warga kampus. 
 
Visi
 
" Melahirkan intelektual-intelektual ilmuan Islam yang dinamis, berketrampilan, berkepimpinan, berdaya saing, cergas, aktif, cerdas serta mempunyai keseimbangan dari segi rohani, mental dan fizikal "
 
Misi
 
Menawarkan khidmat mesra kepada mahasiswa/i dan kakitangan, melalui pendekatan bimbingan dan pengalaman dalam perkembangan bakat dan kemahiran.
 
Motto
 
" CERGAS, AKTIF, CERDAS "
   
 
Objektif

  1. Memberi perkhidmatan dalam membangunkan bakat dan kemahiran  berasaskan sukan dan rekreasi menerusi program dan aktiviti yang dijalankan.
  2. Memberikan khidmat nasihat dan pandangan ke arah penggalakkan para mahasiswa/i menceburi bidang aktiviti luar seperti penganjuran aktiviti dan sebagainya.
  3. Menyediakan perkhidmatan melatih dan membentuk individu mahasiswa/i yang berpotensi memberikan sumbangan kepada pembangunan sukan selain memberi perkhidmatan ke arah menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi kepada mahasiswa/i.  
     

Fungsi, Perkhidmatan dan Kemudahan
 
1.  Bertanggungjawab memberi khidmat dalam bidang sukan dan rekreasi kepada mahasiswa/i secara individu mahupun di dalam  bidang-bidang seperti berikut :

a. Sukan Massa - memberi khidmat dan galakkan dalam bentuk program sukan tempatan dan penglibatan sukan untuk semua di  dalam kampus seperti program pembangunan dan penggalakan, penganjuran kejohanan serta khidmat nasihat berkaitan kepakaran aktiviti sukan yang disertai. Menjana warga USIM untuk mejadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai sebahagian dari gaya hidup sihat .
 
b. Sukan Prestasi Tinggi - memberikan khidmat kepada mahasiswa/i berkaitan program sukan dan permainan peringkat tinggi seperti sukan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan atau inter varsiti, mewakili universiti, negeri atau negara termasuk dari segi program pemilihan atlit, perlantikan jurulatih dan pengurus pasukan.

c.  Pendidikan Luar dan Rekreasi - memberikan khidmat dan  sokongan dalam bentuk program berkaitan dengan aktiviti pendidikan luar, rekreasi seperti perkhemahan, kembara lasak dan sebagainya .
 
2.      Menyelaras dan Memantau Program-program Pembangunan dan Latihan

a. Merancang dan mengendalikan program-program bercorak pembangunan sukan dan rekreasi seperti bengkel, kursus dan seminar bagi menyediakan individu yang berketrampilan dalam sahsiah, kepimpinan dan personaliti yang selari dengan keperluan universiti. Antara program tahunan yang dianjurkan seperti Kejohanan Sukan Antara Fakulti, Liga Mahasiswa, Program Penggalakan sukan dan sukan Staf Antara Jabatan. 

b. Menyedia dan merancang modul program bagi melahirkan bakal-bakal atlit, jurulatih, pegawai dan urusetia yang berkaitan dengan sukan yang diiktiraf dan berkemampuan.

c.  Melantik tenaga pakar seperti jurulatih bagi membimbing warga mahasiswa/i dengan kemahiran sukan dan rekaraesi yang sisitematik dan tersusun. Menyediakan lain-lain program yang bersesuaian dengan pembentukan ketrampilan dan sahsiah mahasiswa/i 

3.      Menyelaras Perlantikan dan Aktiviti Urusetia Sukan & Rekreasi Mahasiswa/i ( USRP )

Urusetia Sukan & Rekreasi Mahasiswa/i ( USRP ) -merupakan jawatankuasa sukan dan rekreasi yang dilantik di kalangan mahasiswa/i  bagi membantu Unit Sukan dan Rekreasi merancang dan melaksanakan program serta aktiviti sepanjang tahun selain berkerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kenajikan Siswa/siswi Asrama (JAKSA) melalui Exco Sukan masing-masing.

Di samping itu, Pusat Sukan bertanggungjawab dalam :
 
a.  Melaksanakan proses perlantikan Urusetia Sukan & Rekreasi Mahasiswa/i  melalui proses iklan dan temuduga.

c. Membantu dan menasihat USRP dalam merancang dan melaksanakan program secara terus kepada mahasiswa/i selain mendapatkan input dan idea terus daripada mahasiswa/i.
 
c.  Mengadakan latihan bercorak bimbingan kepada USRP dari masa ke semasa terutama yang berkaitan dengan aktiviti penganjuran sukan dan rekreasi.
 
 
4.     Menyokong serta meluluskan peminjaman peralatan dan kemudahan  Sukan dan Rekreasi kepada warga mahasiswa/i dalam melaksanakan program sukan dan rekreasi.

a. Unit Sukan dan Rekreasi juga menawarkan perkhidmatan peminjaman peralatan sukan dan rekresi di samping membantu menyelaraskan tempahan kemudahan gelanggang luar bagi tujuan aktiviti dan program yang berkaitan.
 
b.  Selain dari kemudahan luar seperti gelangang bola tampar, bola sepak, bola jaring, ping-pong dan sebagainya, pihak Pusat Sukan  juga menyelaraskan tempahan penggunaan bilik latihan kecergasan di kampus USIM. 
  
5.  Penggalakkan Kepada Penyertaan Pasukan dan Kelab berunsurkan Sukan dan Rekreasi
 
Bagi menggalakkan peyertaan mahasiswa/i dalam aktiviti berpersatuan  atau organisasi berunsurkan sukan dan rekreasi, Pusat Sukan  menawarkan beberapa pilihan menyertai organisasi dan pasukan seperti berikut :      
 
Pasukan dan Kelab berunsurkan Permainan 

  • Bola Sepak 
  • Bola Jaring 
  • Bola Tampar 
  • Bola Baling 
  • Ping-Pong 
  • Sepak Takraw 
  • Badminton 
  • Hoki 
  • Squash 
  • Ragbi 
  • Olahraga 
  • Tenpin Boling 
  • Boling Padang
  • Pasukan Memanah 
  • Petanque

Pasukan dan Kelab berunsurkan Rekreasi 

  • Kelab Pendidikan Luar dan Rekreasi
  • Permainan Dalam 
  • Mendayung dan Berkayak 
  • Kelab Kecergasan 

Pasukan dan Kelab berunsurkan Seni Bela Diri  

  • Pasukan Taekwando
  • Pasukan Karate-Do 
  • Pasukan Silat Olahraga

KEMUDAHAN DAN GELANGGANG PERMAINAN

Bagi memastikan setiap aktiviti dan program sukan dapat dilaksanakan, Pusat Sukan turut menawarkan kemudahan gelanggang, padang dan sukan kepada warga USIM untuk menjalani aktiviti sukan dan kecergasan :

Antara kemudahan yang ditawarkan dipersekitaran Kompleks Sukan adalah :

  • 3 padang bola sepak
  • 1 padang hoki / serbaguna

      termasuk kemudahan yang dilengkapi dengan lampu limpah :

  • 4 gelanggang tenis permainan
  • 2 gelanggang tenis latihan
  • 4 gelanggang sepak takraw
  • 2 gelanggang bola keranjang
  • 2 gelanggang bola baling/ futsal luar
  • 3 gelanggang bola jaring
  • 3 gelanggang bola tampar
  • 22 stesyen out door gym
  • 2 Folish dengan kemudahan tandas dan bilik persalinan termasuk;

Kemudahan bagi sukan dalaman di Stadium Tertutup yang boleh menempatkan 4000 orang penonton bagi :

  • Badminton
  • Ping Pong
  • Latihan Seni Bela Diri seperti Pencak Silat dan Taekwondo
  • Kemudahan bilik persalinan dan surau
  • Bilik latihan dan taklimat

KEMUDAHAN SOKONGAN LAIN

Kemudahan yang turut disediakan adalah termasuk peminjaman alatan sukan dan rekreasi seperti alatan perkhemahan dan sebagainya.  Turut disediakan adalah kemudahan pinjaman basikal kepada warga USIM yang ingin menggunakannya di dalam kawasan kampus.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut berkaitan prosedur peminjaman alatan dan temapahan kemudahan boleh menghubungi kami seperti talian yang tertera dibawah :  
 


Telefon          :  06- 798 6134 / 6133 / 6132 /6131  
Faksimili         :  06- 798 6135
Website         : http://infosukan.usim.edu.my

E-Mail            : Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya

E-Mail Staf       :  Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it   
                           Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it    
                          
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it
                           
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya

 

Tanda Laman ini and Kongsi