|
PPS Anjur 'Third Research Presentation 2009' |
|
|
|
Nilai, 25 Mac 2009 – Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) sekali lagi menganjurkan ‘Graduate Student Seminar’ buat kali ketiga. Program yang merupakan acara tahunan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USIM. Hampir 80 orang peserta telah menyertai seminar ini. Sebanyak 12 hasil penyelidikan telah dibentangkan. Pembentangan kertas kerja dinilai oleh juri profesional yang terdiri dari profesor dan pensyarah USIM dari fakulti mengikut kepakaran masing-masing.
Pembentangan terbaik penyelidikan pelajar turut diadakan. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Doktor Falsafah (Bahasa Arab), Doktor Falsafah (Bahasa Inggeris) dan Sarjana (Bahasa Inggeris).
Bagi Kategori Doktor Falsafah Bahasa telah dimenangi oleh En. Ahmad Hikmat Shaker, pelajar program Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Untuk kategori Doktor Falsafah (Bahasa Inggeris) telah dimenangi oleh En. Jaspal Singh, pelajar program Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Puan Norhidayah binti Ibrahim, pelajar program Sarjana Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah memenangi kategori sarjana (Bahasa Inggeris)
Seminar ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar siswazah membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan penyelidikan mereka dan seterusnya mendapatkan pandangan penyelia dan peserta lain mengenai penyelidikan mereka. Turut hadir Prof. Dr. Bachok M. Taib, Dekan Pusat Pengajian Siswazah.
Oleh :
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
06-7988025/8026
|
|
|
Kejohanan Golf Persahabatan USIM-KPT |
|
|
|
Nilai, 11 April 2009 - Bertempat di Nilai Spring Golf & Country Resort telah berlangsung Kejohanan Golf Persahabatan antara pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kejohanan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan yang positif antara pihak USIM dan KPT melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kesukanan seperti Golf.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan USIM dengan kerjasama Majlis Sukan Kakitangan dan Kelab Golf USIM itu disertai seramai 25 orang pemain dari kedua-dua pasukan. Turut serta dalam kejohanan ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Y.Bhg. Dato’ Dr. Zulkefli A. Hassan. Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM yang meraikan kedua-dua pasukan semasa jamuan tengahari turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Dalam majlis yang sama Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor turut diberikan kejutan oleh urusetia dengan sambutan ulang tahun kelahirannya pada 10 April 2009. Bagi edisi pertama kejohanan ini pasukan KPT telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang sebuah piala pusingan untuk dipertandingkan di edisi akan datang. Oleh :
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8028
  |
|
USIM ANUGERAH SIJIL KHAS PEMBANTU ANTIDADAH |
|
|
|
Nilai, 30 April 2009 – Seramai 69 peserta telah dianugerahkan Sijil Khas Kursus Asas Pembantu Antidadah anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Kursus yang berlangsung selama 10 hari bermula 19 hingga 30 April 2009 merupakan kali yang ketujuh dikendalikan oleh USIM.
Sebanyak dua anugerah telah diberikan kepada peserta-peserta yang menjalini kursus dengan cemerlang. Anugerah Kepimpinan Pelajar telah diberikan kepada En. Jefri Din bin Nordin dan Puan Norazah bt Parman. Untuk Anugerah Kawad Lelaki dan Perempuan jatuh kepada kepada En. Mohd. Redzuan bin Mohd. Rosli dan Puan Siti fatimah bt Abdullah.
Menurut Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Perkongsian pintar dengan Agensi Antidadah Kebangsaan akan diteruskan lagi bukan sahaja dalam bidang latihan pra penempatan malah dalam latihan-latihan kecekapan yang lain berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
“Masih terlalu banyak ruang dan peluang yang boleh dilakukan seperti latihan khusus dalam bidang pencegahan, rawatan dan pemulihan, kecekapan kaunseling penagihan, pendekatan agama dalam kepulihan dan rakan sebergantungan”, tambah beliau lagi.
Menyoroti sejarah kerjasama USIM dengan AADK telah terjalin sejak tahun 2005 semasa pembinaan kurikulum Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) yang ditawarkan oleh USIM. Program ini bermatlamat untuk melahirkan kumpulan pakar di kalangan kaunselor/personalia dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, pemulihan dan rawatan dalam alkohol dan dadah di negara ini.
Turut hadir En. Thanasegaran A/L Sinathamby, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Antidadah kebangsaan.
Oleh :
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8028
|
|
|
USIM Anjur Kejohanan Tarik Tali Terbuka 2009 |
|
|
|
Nilai, 28 Mac 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Kejohanan Tarik Tali Terbuka 2009 bertempat di Kompleks Sukan USIM, Nilai, Negeri Sembilan. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada USIM dan secara tidak langsung dapat mempromosikan USIM kepada pihak luar. Sebanyak 18 buah pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada dua kategori iaitu Terbuka Awam dan Terbuka Beruniform.
Johan bagi kategori beruniform telah dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM A). Manakala Johan kategori Awam pula telah disandang oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Mereka masing-masing menerima wang tunai RM 2000, medal dan sijil penghargaan.
Naib Johan kategori beruniform telah dimenangi oleh Pasukan Gerakan Am, Muar manakala kategori Awam dimenangi oleh pasukan JD Putra. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 1000, medal dan sijil penghargaan.
Antara pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah Jabatan Penjara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Westport.
Oleh :
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8028 

|
|
Fauziah Hassan Terima Anugerah Pingat Emas Wanita UMNO |
|
|
|
Kuala Lumpur, 25 Mac 2009 – Saudari Fauziah Hassan, siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dipilih sebagai penerima Anugerah pingat Emas Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2008. Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra ini adalah bersempena dengan Perhimpunan Agung ke-59 Pergerakan Wanita UMNO. Seramai 16 penerima anugerah tersebut yang merupakan siswazah lepasan 16 institusi pengajian tinggi awam dipilih oleh panel pemilihan Wanita UMNO. Anugerah ini diwujudkan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada wanita untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Di samping sebagai galakan kepada golongan wanita supaya berusaha lebih gigih bagi meningkatkan pencapaian dan daya saing dalam era globalisasi. Setiap penerima anugerah menerima rantai berserta loket emas Wanita UMNO, wang tunai RM1000 dan sijil penghargaan.
Sebagai salah seorang penerima anugerah itu, Fauziah Hassan, 25 merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penerbitan) dengan gred purata mata kumulatif (CGPA) 3.87.
Beliau kini yang bertugas sebagai tutor di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang kewartawanan sehingga ke peringkat tertinggi.
Beliau bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti seperti pembentangan kertas kerja sempena Seminar Media Islam 2007, panel jemputan di Dialog Akademik Islam Hadhari anjuran UKM dan Persidangan Media Massa 2006 anjuran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Oleh :
Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 06-7988025/8026/8028

|
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 Selepas > Akhir >>
|
|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL |