JAWATAN KOSONG AKADEMIK

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Fakulti Gred Lantikan Keperluan Bidang Syarat Tambahan
1. Fakulti Syariah dan Undang-Undang DS51/ DS53/ VK7
  • Undang-Undang Jenayah
  • Falak
  • Fatwa
  • Halal
  • Bidang Halal :
  1. Memiliki pengalaman dalam industri halal sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  2. Aktif dalam penerbitan buku dan jurnal dalam bidang berkaitan;
  3. Aktif dalam penyelidikan dalam bidang berkaitan;
  4. Calon yang boleh memberi penyampaian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab adalah diutamakan.
2. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah DS51/ DS53/ VK7
  • Hadith / Ulum Hadith / Orientalisme Hadith
  • Quran / Tafsir / Orientalisme Quran
  • Manuskrip Melayu / Arab
  • Qiraat / Tarannum Quran
  • Aktif dalam penerbitan buku dan jurnal dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penyelidikan dalam bidang berkaitan.
3. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan DS51/ DS53/ VK7
  • Pelancongan
  • Animasi / Gaming
  • Mempunyai pengalaman di industri dalam bidang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman pengajaran di institut pengajian tinggi di dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penerbitan buku dan jurnal dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penyelidikan dalam bidang berkaitan.
4. Fakulti Ekonomi dan Muamalat DS51/ DS53/ VK7
  • Analisis Data
  • Teknologi Kewangan (Fintech)
  • Perakaunan Islam
  • Kewangan
  • Pengurusan Strategik
  • Pengurusan Risiko
  • Aktif dalam penyelidikan dan penerbitan dalam bidang berkenaan.
  • Mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan satu kelebihan.
5. Fakulti Sains dan Teknologi DS51/ DS53/ VK7
  • Animal Biotechnology
  • Plant Biotechnology
  • Molecular Biology
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penerbitan buku dan jurnal dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penyelidikan dalam bidang berkaitan.
6. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan DS51/ DS53/ VK7
  • Anatomi
  • Fisiologi
  • Mempunyai kelayakan PhD.
  • Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 1-3 tahun.
  • Latar belakang penyelidikan yang baik sama ada mempunyai pengalaman dalam penyelidikan, geran penyelidikan atau mempunyai pelajar pascasiswazah.
DU51P/ DU51/53 /  DU55/ VK7
  • Farmakologi
  • Perubatan Keluarga
  • Pediatrik
  • Forensik
  • Pembedahan
  • Obstetrik & Ginekologi
  • Pendidikan Perubatan
  • Biokimia
  • Anaesthesiology
  • Emergency Medicine

Pendidikan Perubatan

  • Mempunyai kelayakan PhD dalam bidang berkaitan.Farmakologi/ Biokimia
  • Mempunyai kelayakan MSc/MMed atau PhD.
  • Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 1-3 tahun.
  • Latar belakang penyelidikan yang baik samada mempunyai pengalaman dalam penyelidikan, geran penyelidikan atau mempunyai pelajar pascasiswazah.

Perubatan Keluarga/ Pediatrik/ Forensik/ Pembedahan/ Obstetrik & Ginekologi

  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kepakaran yang berkaitan.
  • Aktif/Menunjukkan minat yang tinggi dalam penerbitan buku dan jurnal bagi bidang berkaitan.
  • Aktif/Menunjukkan minat yang tinggi dalam penyelidikan bagi bidang berkaitan.
  • Sentiasa bersedia menempuh cabaran serta komited dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di samping tugas klinikal.
  • Mempunyai minat dalam aktiviti kokurikulum/ tugas luar selain bidang.
7. Fakulti Pengajian Bahasa Utama DS51/ DS53/ VK7
  • Sastera bahasa Inggeris
  • Sastera Islam
  • Pendidikan Islam
Tiada syarat tambahan.
8. Fakulti Pergigian DUG51P/ DUG51/53 /  DUG55/ VK7
  • Pergigian Ortodontik
  • Pergigian Restoratif
  • Telah melengkapkan khidmat wajib di Kementerian Kesihatan Malaysia. ·
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mempunyai kepakaran dalam bidang Pergigian Ortodontik dan Pergigian Restoratif.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kepakaran yang berkaitan.
  • Menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditawarkan.
DU51P/ DU51/53 /  DU55/ VK7
  • Pembedahan Am
  • Anaesthetic
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kepakaran yang berkaitan.
  • Menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditawarkan.
  • Aktif/Menunjukkan minat yang tinggi dalam penerbitan buku dan jurnal bagi bidang berkaitan.
  • Aktif/Menunjukkan minat yang tinggi dalam penyelidikan bagi bidang berkaitan.
  • Sentiasa bersedia menempuh cabaran serta komited dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di samping tugas klinikal.
  • Mempunyai minat dalam aktiviti kokurikulum/ tugas luar selain bidang.
9. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina DS51
  • High Voltage/Power Energy
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Professional Engineer with PhD in Electrical
DS51
  • Senibina
  • PhD dan sekurang-kurangnya mempunyai Sarjana Senibina ( LAM Bhg 2) atau Sarjana Muda Senibina (LAM Bhg 2)
10. Pusat Pengajian Teras DS51/ DS53/ VK7
  • Pengajian Islam / Etika
  • Pemikiran Kreatif
  • Falsafah / Pemikiran
  • Mempunyai kelayakan dalam bidang Pengajian Islam.
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Arab.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang.
  • Aktif dalam penerbitan buku dan jurnal dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penyelidikan dalam bidang berkaitan.
11. Pusat Tamhidi DS51/ DS53/ VK7
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik
  • Bahasa Arab
  • Bersedia memberi komitmen yang tinggi terhadap subjek yang di ajar.
  • Menunjukkan adab/akhlak yang baik kepada para pelajar.
  • Menghormati rakan sejawat, staf pentadbiran dan staf pelaksana serta boleh bekerja dengan baik tanpa diskriminasi.
  • Calon hendaklah bertanggungjawab memenuhi keperluan sebagai ahli akademik:
  1. Mencari pelajar seliaan sendiri (Pusat Tamhidi tidak menyediakan pelajar untuk di selia di peringkat Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah).
  2. Memohon geran bagi tujuan penyelidikan.

Syarat tambahan khusus untuk subjek sains :

  • Keutamaan diberikan kepada individu yang faham kesepaduan Sains dan Islam.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan/ pengalaman asas dalam teknologi sains/ simulasi/ programming.
12. Kolej GENIUS Insan DS51/ DS53/ VK7
  • Fizik
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar.
  • Berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi.
  • Bersedia menerima cabaran dari pelajar pintar, kreatif, kritis dan komited.
  • Berkeupayaan mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar berbakat.
  • Sentiasa bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan.
  • Memiliki kesihatan yang baik dari segi emosi, mental dan fizikal.
  • Mempunyai latar belakang pendidikan agama / pernah mendapatkan pendidikan agama diberikan keutamaan
  • Bersedia memberi khidmat profesional yang tinggi mutunya terhadap objektif pendidikan pintar berbakat.
  • Memahami aspirasi dalam pembangunan “Pendidikan Pintar Berbakat”
  • Berkeupayaan melakukan jaringan dalam dan luar negara dalam bidang berkaitan.
  • Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa diberi keutamaan.
  • Mempunyai kecenderungan mendalam dan memahami proses integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
  • Mempunyai minat dan keupayaan menjalankan aktiviti kokurikulum.
  • Memahami dan menguasai keperluan kurikulum SPM yang terbaharu.

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 6 Disember 2019 (Jumaat).
  2. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
    Tarikh tutup permohonan : 19 Disember 2019 (Khamis)