JAWATAN KOSONG AKADEMIK

Program GENIUS Insan dilaksanakan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mulai 12 Mac 2010. Program ini merupakan perluasan Program GENIUS@Pintar dengan memberi fokus kepada pelajar pintar dan berbakat beragama Islam bagi melahirkan ilmuwan, teknokrat, pemimpin, pembibit reka serta pemikir Islam masa depan yang mampu menghubung kait dan menyepadukan ilmu sains, teknologi, matematik dan seni dengan ilmu Aqli dan Naqli. Mereka dididik supaya berani, berketerampilan, bersahsiah tinggi, petah, berbudi, beradab dan bertakwa

Kolej GENIUS Insan sedang mencari calon-calon yang berkelayakan untuk dilatih secara berterusan untuk mengenalpasti kaedah pedagogi yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran pelajar pintar cerdas berbakat menggunakan personalized curriculum untuk mengisi jawatan berikut :

JAWATAN :

· Pensyarah Universiti, Gred DS51

KELAYAKAN :

· Memiliki Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang yang diperlukan.
· Memiliki Ijazah Sarjana: 3.60 (CGPA)
· Memiliki Ijazah Sarjana Muda: 3.60 (CGPA)

 

Bil.

Keperluan Bidang

Syarat Tambahan

1.

  • Sains Komputer, Matematik Moden & Matematik Tambahan (Calon perlu mempunyai PhD dalam Sains Komputer/Data Sains dan berupaya mengajar subjek Matematik tahap SPM dan Asasi)

 

  • Bahasa Arab
  • Memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi pendidikan negara berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  • Berminat untuk mendidik murid pintar berbakat yang berpotensi tinggi selaras dengan falsafah pendidikan murid Kolej GENIUS Insan untuk ‘Menjana Cendekiawan Islam’.
  • Mempunyai jiwa pendidik dan komited membangunkan potensi murid  pintar, kreatif, futuristik dengan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
  • Memahami keperluan kurikulum dan berkeupayaan mengadaptasi untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid pintar berbakat.
  • Berupaya membimbing murid pintar berbakat secara holistik dalam bidang penyelidikan, kokurikulum, sukan, kesenian dan kerohanian bagi membangunkan murid yang seimbang.
  • Sentiasa bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan.
  • Memiliki kesihatan yang baik dari segi emosi, mental dan fizikal.
  • Mempunyai latar belakang pendidikan agama atau pernah mendapatkan pendidikan agama akan diberikan keutamaan.
  • Bersedia memberi khidmat profesional berkualiti tinggi terhadap objektif pendidikan pintar berbakat dan terbuka mempelajari perkara baharu.
  • Berkeupayaan menganalisis data dan membimbing murid untuk asas penyelidikan dan inovasi
  • Berkeupayaan melakukan jaringan dalam dan luar negara bagi manfaat murid pintar berbakat.
  • Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dengan baik dan fasih. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai kebolehan berbahasa ketiga.
  • Mempunyai kecenderungan mendalam dan memahami proses integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

 

Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai mulai 09 Oktober  2020 hingga 22 Oktober 2020.

Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988114/88126.