JAWATAN KOSONG AKADEMIK
KOLEJ GENIUS INSAN merupakan sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia.
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut:
Bil. | Jawatan | Gred | Taraf | Deskripsi Tugas |
1. | Pensyarah Universiti | DS51 | Tetap |
1. Berpengetahuan dalam bidang Bahasa Melayu / Bahasa Arab. 2. Berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi. 3. Berkeupayaan mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar berbakat. 4. Bersedia memberi khidmat profesional yang tinggi mutunya terhadap objektif pendidikan pintar berbakat. 5. Berkeupayaan melakukan jaringan dalam dan luar negara dalam bidang berkaitan. 6. Mempunyai jiwa pendidik dan bersedia menerima cabaran dari pelajar pintar, kreatif, kritis dan komited. 7. Mempunyai latar belakang pendidikan agama / pernah mendapatkan pendidikan agama diberikan keutamaan. 8. Memahami aspirasi dalam pembangunan “Pendidikan Pintar Berbakat”. 9. Mempunyai kecenderungan mendalam dan memahami proses integrasi ilmu Naqli dan Aqli. 10. Memiliki kesihatan yang baik dari segi emosi, mental dan fizikal. 11. Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa diberi keutamaan. 12. Mempunyai minat dan keupayaan menjalankan aktiviti kokurikulum. 13. Memahami dan menguasai keperluan kurikulum Sijil Pelajaran Malaysia yang terbaharu. 14. Sentiasa bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan. |
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu/Bahasa Arab yang berkaitan.
- Memiliki Ijazah Sarjana Bahasa Melayu/Bahasa Arab yang berkaitan: 3.60 (CGPA)
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu/Bahasa Arab yang berkaitan: 3.00 (CGPA)
- Memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Memiliki Kecemerlangan Akademik seperti berikut:
-
Telah menghasilkan satu (1) penulisan dalam jurnal yang diiktiraf oleh USIM atau dua (2) bab dalam buku atau sebuah buku ilmiah; dan
-
Segala penyelidikan, penulisan dan pembentangan semasa pengajian siswazah diambil kira.
-
Telah membentangkan kertas kerja sekurang-kurangnya sekali (1) dalam persidangan dalam penulisan bidang pengkhususan; dan
-
BUTIRAN PERMOHONAN :
- Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 19 Ogos 2022 (Jumaat)
- Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
- Tarikh tutup permohonan : 1 September 2022 (Khamis)
Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:
hr.perjawatan01@usim.edu.my (Rozailiza Rajab) / ainaanabilah@usim.edu.my (Ainaa Nabilah Ramlan)