JAWATAN KOSONG AKADEMIK

JAWATAN :

  1. Profesor Universiti Gred VK7;
  2. Profesor Madya Gred DS53;
  3. Pensyarah Universiti Gred DS51

KELAYAKAN :

  1. Sekurang-kurangnya Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang yang diperlukan.
  2. Ijazah Sarjana: 3.60 (CGPA)
  3. Ijazah Sarjana Muda: 3.00 (CGPA)

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad  untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli  sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Fakulti Keperluan Bidang Syarat Tambahan
1. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Pelancongan
  • Mempunyai pengalaman  sekurang-kurangnya setahun dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penerbitan buku dan jurnal dalam bidang berkaitan.
  • Aktif dalam penyelidikan dalam bidang berkaitan.
2. Pusat Pengajian Teras
Kolej PERMATA Insan
Sosiologi/ Sains Sosial
  • Kelayakan yang bersesuaian dengan kursus-kursus Wajib Universiti (Hubungan Etnik, Tamadun, Peradaban, Sejarah)
  • Kelayakan dalam bidang Pengajian Islam dan kemahiran berbahasa Arab.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang.
Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
  • Kelayakan dalam bidang Pengajian Islam dan kemahiran berbahasa Arab.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang.
3. Kolej GENIUS Insan

Fizik, Matematik Moden & Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Sejarah

  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar.
  • Berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi.
  • Bersedia menerima cabaran dari pelajar pintar, kreatif, kritis dan komited.
  • Berkeupayaan mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar berbakat.
  • Sentiasa bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan.
  • Memiliki kesihatan yang baik dari segi emosi, mental dan fizikal.
  • Mempunyai latar belakang pendidikan agama / pernah mendapatkan pendidikan agama diberikan keutamaan
  • Bersedia memberi khidmat profesional yang tinggi mutunya terhadap objektif pendidikan pintar berbakat.
  • Memahami aspirasi dalam pembangunan “Pendidikan Pintar Berbakat”
  • Berkeupayaan melakukan jaringan dalam dan luar negara dalam bidang berkaitan.
  • Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa diberi keutamaan.
  • Mempunyai kecenderungan mendalam dan memahami proses integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
  • Mempunyai minat dan keupayaan menjalankan aktiviti kokurikulum.
  • Memahami dan menguasai keperluan kurikulum SPM yang terbaharu.

 

JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

Bil. Jawatan Gred Taraf Penempatan Ringkasan Tugas
1. Penolong Pegawai Tadbir N29 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, pengurusan mesyuarat, pemantauan fail dan rekod, membantu pengurusan prosedur klinikal, urus tadbir Unit kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
2. Juruteknik Komputer FT19  Kontrak
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem universiti.
3. Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip) H19 Kontrak
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa  oleh Ketua Jabatan.
4. Pengawal Keselamatan KP11 Kontrak
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
5. Pembantu Awam H11 Kontrak Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-onyang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
6. Pemandu Kenderaan H11 Kontrak
  • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Berpengalaman mengendalikan bas dengan baik serta bertanggungjawab menjaga bas di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 6 Ogos 2019 (Selasa).
  2. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
    Tarikh tutup permohonan : 19 Ogos 2019 (Isnin)