JAWATAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebuah Universiti Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa calon-calon berkelayakan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut untuk mengisi kekosongan jawatan Naib Canselor Gred VU5:

1. Jawatan Naib Canselor
2. Gred Gred Utama A (VU5) Terbuka
3. Taraf Lantikan Tukar Sementara/Pinjaman/Kontrak
4. Jumlah Gaji Mengikut skim perkhidmatan pegawai pihak Berkuasa Berkanun berkenaan (SPP Bil. 9 Tahun 2007)
(RM9,038 – RM24,465)
5. Tempoh Lantikan Tiga (3) tahun (tertakluk kepada keputusan Kementerian Pengajian Tinggi)
6. Kelayakan Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut;

  • sekurang-kurangnya telah memegang jawatan JUSA B (Profesor Gred VK6) dengan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf serta berkebolehan memimpin dan mengurus;
  • menjalani Program Penilaian Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi yang dikendalikan oleh Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) sebelum permohonan dikemukakan; dan
  • penilaian bakat di peringkat saringan oleh USIM.
7. Kriteria Umum Seseorang calon bagi jawatan ini mestilah mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut :

  • Kecemerlangan Akademik
    Mempunyai kelayakan PhD merupakan satu kelebihan, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional.
  • Pengiktirafan Antarabangsa
    Penyandang mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara.
  • Kebolehan Memimpin dan Mengurus
    Penyandang mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Pengalaman dan rekod kecemerlangan kepimpinan akademik merupakan antara ciri utama menentukan kemampuan calon selain kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap.
  • Reputasi
    Menjadi “role model” kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik dan dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.
  • Personaliti
    Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan Universiti. Penyandang juga mestilah memahami aspirasi Negara untuk membangunkan modal insan mentaliti kelas pertama.
  • Berfikiran Jauh dan Kritis
    Penyandang mestilah berkemampuan untuk berfikiran jauh dalam menentukan hala tuju dan visi pembangunan dan kecemerlangan organisasi selain mempunyai kemampuan untuk menganalisa, mensintesis dan membuat penilaian secara holistik dalam menyelesaikan masalah.
  • Berintegriti
    Penyandang perlulah mempunyai tahap integriti yang tinggi, tidak pernah terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan tatatertib serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jawatan dan peranan yang diamanahkan.
  • Kapasiti Menjana Pendapatan
    Penyandang mestilah mempunyai minda keusahawanan seperti cekap melihat peluang, berani mengambil risiko bagi meneroka peluang-peluang baharu serta berfikiran kreatif dan inovatif dalam menggunakan sumber secara optimum untuk menjana pendapatan Universiti.
  • Menghayati Agenda Nasional
    Penyandang perlu menangani perubahan dan membawa organisasi ke arah kecemerlangan serta bersedia untuk melaksanakan transformasi demi melonjakkan reputasi organisasi. Penyandang juga perlu mampu untuk menghargai kepelbagaian serta merealisasikan dasar-dasar negara dan agenda nasional.
8. Kriteria Tambahan Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki kriteria-kriteria tambahan seperti berikut:

  • memiliki pengetahuan yang mendalam tentang falsafah Pendidikan Islam;
  • memahami konsep tentang Pendidikan Islam dalam masyarakat majmuk; dan
  • memiliki komitmen untuk melaksanakan epistimologi Islam dalam pendidikan tinggi.

9. CARA PERMOHONAN
Permohonan bagi jawatan Naib Canselor Gred Utama A (VU5) perlulah dikemukakan permohonan rasmi beserta dokumen seperti berikut:

  1. Surat permohonan rasmi;
  2. Ringkasan Curriculum Vitae (CV) Kepimpinan seperti di Lampiran 1;
    (CV lengkap yang merangkumi latar belakang peribadi, latar belakang pendidikan dan kerjaya, anugerah dan hadiah yang diterima, sumbangan-sumbangan besar kepada pembangunan Universiti dan Negara perlu disertakan bersama)
  3. Sekeping gambar terkini berukuran pasport (Rujuk Lampiran 1);
  4. Salinan sijil;
  5. Kertas cadangan ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek serta jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Naib Canselor; dan
  6. Dokumen-dokumen sokongan yang lain.

10. Calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sahaja akan disaring untuk disenarai pendek dan dipanggil temuduga.

11. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

YM. Raja Mariam Raja Mohd Esa
Ketua Bahagian
Bahagian Governan dan Pentadbiran
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia
No. Tel : 06-798 8123
E- mel : rajamariam@usim.edu.my

12. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

PENDAFTAR
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel: 06-7988101/8123/8122/6021
Faks: 06-7993843/06-7988130

13. TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mac 2022 (Selasa)