Dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan (tidak terkecuali bagi staf bertaraf Sambilan di USIM) untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

Bil.

Skim Perkhidmatan

Gred Skim

Taraf Jawatan

Penempatan

Skop Tugas

1.

Pegawai Penyelidk Sosial

N41

Kontrak

Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti penyelidikan dan dokumentasi, penyediaan modul latihan, menyelaras bengkel, penerbitan dan seminar, pengurusan teknologi maklumat, berkemahiran di dalam membuat rujukan Al-Quran dan Hadis, boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Arab akan diberi keutamaan

2.

Juruterapi Pergigian

U29

Tetap

Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan untuk kanakkanak berumur 17 tahun ke bawah dengan memberi tumpuan kepada kanak-kanak pra-sekolah, murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan pergigian yang spesifik untuk mencapai matlamat supaya masyarakat mempunyai kesihatan mulut yang optimum.

3.

Pembantu Kemahiran (Paip)

H19

Kontrak

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

4.

Pemandu Kenderaan

H11

Kontrak

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

(Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen PSV dan berpengalaman membawa bas.)

 

Permohonan hendaklah dibuat menerusi  website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 28 Mac 2017 (Selasa). 

Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Seksyen Perjawatan Pentadbiran di talian 88113/88125/88128.

Tarikh tutup permohonan :  10 April 2017 (Isnin)