UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil.

Skim Perkhidmatan

Gred Skim

Taraf Jawatan

Penempatan

Skop Tugas

1.

Pegawai Hal Ehwal Islam

S41

Kontrak

Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaraskan urusan pentadbiran Pusat Islam, pembangunan program/aktiviti kerohanian dan pengimarahan masjid. Bertanggungjawab sebagai imam dan khatib Solat Jumaat, memimpin bacaan doa majlis Universiti serta menguruskan zakat.

2.

Pegawai Psikologi

S41

Kontrak

Bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan Program Intervensi bagi tempoh pemerhatian dalam pelaksanaan Dasar Pemisah.
Keutamaan kepada calon yang merupakan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

3.

Pembantu Kemahiran (Paip)

H19

Kontrak

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

4.

Pembantu Hal Ehwal Islam

S19

Kontrak

Bertanggungjawab membantu melancarkan pentadbiran dan aktiviti Pusat Islam termasuk program masjid, solat fardhu dan solat rawatib, penganjuran kuliah/ tazkirah/ ceramah serta penganjuran program/aktiviti kerohanian dan pengimarahan masjid.

 

Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 27 April 2017 (Khamis).

Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.

Tarikh tutup permohonan : 10 Mei 2017 (Rabu)