UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut:

Bil.

Skim Perkhidmatan

Gred Skim

Taraf Jawatan

Penempatan

Skop Tugas

1.

Pegawai Tadbir

N41

Kontrak

Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar berkaitan pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran serta alumni. Calon yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab dengan baik amat digalakkan.

2.

Penolong Pegawai Undang-Undang

L29

Kontrak

Bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal prosiding tatatertib pelajar, memberi khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang, menyelesaikan kes-kes di bawah jagaan jabatan berkaitan pelajar serta lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penasihat Undang-Undang. Berpengalaman menggubal peraturan/polisi/dasar dan dokumen perjanjian. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan baik. Pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.

3.

Penolong Pegawai Perubatan

U29

Kontrak

Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada staf dan pelajar dari aspek kuratif, preventif, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di USIM. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.

4.

Pembantu Kemahiran (Paip)

H19

Kontrak

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

5.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)

N19

Kontrak

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi). Calon yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta mahir amat digalakkan.

6.

Pengawal Keselamatan

KP11

Kontrak

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

 

Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 19 Mei 2017 (Jumaat).

Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.

Tarikh tutup permohonan : 1 Jun 2017 (Khamis)