JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Skim Taraf Jawatan Penempatan Skop Tugas
1. Pegawai Pergigian UG41/ UG44/ UG48/ UG52/ UG54 Tetap Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab kepada Pengarah dalam semua urusan berkaitan di Pusat Kesihatan Universiti iaitu memberi perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian, melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan masyarakat, memberi bimbingan/ demontrasi kepada pelajar dalam amalan pergigian dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
2. Pegawai Psikologi S41  Kontrak Bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan Program Intervensi bagi tempoh pemerhatian dalam pelaksanaan Dasar Pemisah. Keutamaan kepada calon yang merupakan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
3. Juruterapi Pergigian U29 Kontrak Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan kepada staf, pelajar dan pelanggan. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan pendidikan kesihatan pergigian yang spesifik untuk kesihatan mulut yang optimum. Turut bertanggungjawab dalam operasi pentadbiran dan pengurusan serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa.
4. Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip) H19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
5. Pembantu Makmal C19 Kontrak Bertanggungjawab membantu dalam penggunaan makmal dan peralatan makmal, pengendalian bahan amali makmal, perancangan belanjawan mengurus/pembangunan, aset fakulti, pengendalian kelas amali, pelupusan sisa bahan kimia/biologi dan pengendalian radas kaca. Memastikan keselamatan dan kebersihan makmal dan menyelenggara peralatan makmal agar berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 4 Januari 2019 (Jumaat).
  2. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
    Tarikh tutup permohonan : 17 Januari 2019 (Khamis)