JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil.JawatanGredTarafPenempatanRingkasan Tugas
1.Pegawai SainsC41KontrakKampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Memiliki sijil Pegawai Perlindungan Sinaran yang berdaftar untuk mengendalikan peralatan X-Ray Diffractometer.
  • Bertanggungjawab membantu mengurus dan menyelia semua kursus Fizik yang melibatkan makmal pengajaran. Menyelaras kursus-kursus di bawah program Fizik dan pembantu makmal.
  • Bertanggungjawab menyusun dan pengendalian kelas amali serta tugasan yang berkaitan dengannya.
2.Pegawai Teknologi MaklumatF41 Kontrak
  • Bertanggungjawab mengetuai Unit Sistem & Infra E-Pembelajaran dan merancang strategi serta aktiviti dalam meningkatkan taraf perkhidmatan E-Pembelajaran USIM.
  • Menyelaras kemudahan sistem, infra, menyediakan latihan dan seminar bagi meningkatkan taraf perkhidmatan E-Pembelajaran USIM.
  • Calon yang berkebolehan mengendalikan Open Source System dan server adalah satu kelebihan.
3.Pegawai TadbirN41Kontrak
  • Memastikan pengurusan risiko dilaksanakan di peringkat jabatan/ bahagian di USIM
  • Membantu dan menyelaras pelaksanaan melaksanakan proses pengurusan risiko untuk ISO, ISMS, kesihatan dan keselamatan pekerjaan USIM.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Audit Dalam untuk memastikan tindakan mitigasi dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.
  • Membuat pelaporan kepada pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah Universiti mengenai risiko USIM
  • Calon yang mempunyai latar belakang dalam Sains Aktuari diberi keutamaan.
4.Pegawai PenerbitanN41Kontrak
  • Bertanggungjawab mengetuai Unit Jurnal USIM dan merancang strategi serta aktiviti dalam meningkatkan taraf jurnal USIM.
  • Bertanggungjawab untuk menyelaras kemudahan, menyediakan latihan dan seminar bagi meningkatkan taraf jurnal USIM.
  • Calon yang berkebolehan mengendalikan Open Journal System dan server adalah satu kelebihan.
5.Pegawai PenyelidikQ41Kontrak
  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan produk dalam bidang sains.
  • Membangunkan modul dan produk FaST LaB serta modul dan produk baharu mengikut keperluan semasa untuk dikomersialkan diperingkat umum.
  • Mengawal jaminan kualiti modul dan produk yang dihasilkan kepada umum.
  • Fasilitator atau pemudah cara yang bertanggungjawab untuk kesemua produk dan modul yang dihasilkan.
  • Membangunkan modul latihan serta kursus. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran. Menghasilkan penerbitan jurnal, buku, buletin dan artikel yang berkaitan Sains dan Teknologi.
  • Memastikan keselamatan produk dan memantau penghasilan produk-produk yang dihasilkan.
6.Pegawai Tadbir (Pemasaran)N41Kontrak
  • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan berkaitan hal ehwal pelajar siswazah serta program pemasaran dan komersial.
  • Bertanggungjawab dalam mengurus selia program Doktor Falsafah (Penyelidikan Industri) berkaitan dengan penjadualan penyeliaan, pelajar dan pensyarah serta menjaga dokumentasi program dari awal kemasukan pelajar hingga tamat pengajian.
  • Calon juga berupaya menguruskan belanjawan dan perakaunan yang melibatkan proses perbelanjaan, pembayaran serta penerimaan di Graduate School of Muamalat (GSM).
7.Penolong Pegawai PenerbitanN29Kontrak
  • Berpengalaman dalam proses penerbitan buku bermula daripada penerimaan manuskrip, penilaian, penyuntingan serta percetakan. Bertanggungjawab mengurus terbit manuskrip bermula daripada penerimaan menggunakan sistem e-Qalam, membuat penilaian awal manuskrip diterima sama ada mengikuti format yang telah ditetapkan dalam Dasar Penerbitan USIM, mengenal pasti dan melantik penilai pakar bidang serta menghantar penilaian bagi manuskrip, mengenal pasti penyunting bahasa dan melantik penyunting serta membuat penyuntingan naskhah manuskrip.
  • Bertanggungjawab membuat bacaan pruf manuskrip/proses typesetting serta membuat semakan deraf buku sama ada telah dibuat mengikut semakan dan pembetulan awal dan menguruskan proses percetakan buku.
  • Bertanggungjawab dalam operasi pentadbiran dan pengurusan jabatan serta tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
8.Penolong AkauntanW29Kontrak
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan terimaan meliputi kutipan sama ada wang tunai/ cek/ wang pos/ bank draf/ ePay di kaunter PPS dan merekodkan segala wang kutipan dalam modul terimaan sistem Al-Maaliyah Versi 3 serta segala urusan berkaitan kewangan pelajar termasuk lejar dan hutang.
9.Penolong JuruauditW29Kontrak
  • Bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara professional, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
10.Juruterapi PergigianU29TetapKampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan kepada staf, pelajar dan pelanggan.
  • Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan pendidikan kesihatan pergigian yang spesifik untuk kesihatan mulut yang optimum.
  • Bertanggungjawab dalam operasi pentadbiran dan pengurusan serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
11.Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip)H19KontrakKampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
12.Pembantu Setiausaha PejabatN19Kontrak
  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian Ketua Jabatan berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.
  • Memastikan semua keperluan rasmi Ketua Jabatan dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
13.Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)N19Kontrak
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).
  • Calon yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta mahir amat digalakkan.
14.Pembantu Pembedahan PergigianU19Tetap/ KontrakKampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan hal ehwal pentadbiran.
15.Pengawal KeselamatanKP11KontrakKampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 2 Mei 2019 (Khamis).
  2. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
    Tarikh tutup permohonan : 15 Mei 2019 (Rabu)