JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Jawatan Gred Taraf Penempatan Ringkasan Tugas
1. Pegawai Undang-Undang L41 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan kes-kes litigasi Universiti, membuat tuntutan gantirugi bagi pihak Universiti, menyedia/menyemak surat cara, dokumen perundangan dan kertas kausa mahkamah, memberi nasihat undang-undang dan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan.

2. Juruteknologi Pergigian U29  Tetap/Kontrak Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan makmal pergigian dari segi memastikan peralatan makmal pergigian berfungsi dengan baik, merekod hasil kerja di makmal dan menyediakan laporan hasil kerja bulanan dan tahunan.

  • Memberikan sokongan pembelajaran iaitu membantu pensyarah/pelajar dalam menjalankan kerja amali, menyediakan bahan atau peralatan pergigian yang diperlukan, menyediakan model kerja dari plaster of paris atau lain-lain bahan untuk kegunaan amali pelajar, memberi demonstrasi tertentu seperti penggunaan peralatan atau cara-cara penggunaan bahan.

  • Menjalankan kerja-kerja makmal iaitu mebuat kerja-kerja makmal bagi kes yang dirujuk oleh pensyarah seperti pembuatan denture, crown, bridge, dan lain-lain

3. Pembantu Makmal C19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab membantu dalam penggunaan makmal dan peralatan makmal, pengendalian bahan amali makmal, perancangan belanjawan mengurus/ pembangunan, aset fakulti, pengendalian kelas amali, pelupusan sisa bahan kimia/biologi dan pengendalian radas kaca. Memastikan keselamatan dan kebersihan makmal dan menyelenggara peralatan makmal agar berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

4. Pembantu Kemahiran (Kayu/paip) H19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.

5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi diperingkat Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

6. Pemandu Kenderaan H11 Kontrak Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.

  • Berpengalaman mengendalikan bas dengan baik serta bertanggungjawab menjaga bas di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 1 Oktober 2019 (Selasa).
  2. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
    Tarikh tutup permohonan : 14 Oktober 2019 (Isnin)