JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Skim Taraf Jawatan Penempatan Skop Tugas
1. Pegawai Perubatan UD43 / UD47 / UD51 / UD53 Tetap Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab melakukan konsultasi ke atas pesakit, menjalankan pemeriksaan pesakit, menentukan diagnosa dan memberi rawatan kepada pesakit dengan teliti. Mempreskripsi ubatan kepada pesakit, melakukan penaksiran bagi penyiasatan yang perlu di lakukan kepada pesakit, membuat prosedur yang perubatan mengikut keperluan pesakit di klinik (jika perlu), menyediakan surat rujukan pesakit ke hospital (jika perlu). Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit, melakukan tugasan bagi perkhidmatan Oncall.  Membantu dalam menjalankan tugasan perkhidmatan Lokum, membantu dalam tugasan perkhidmatan tunggu sedia (standby) mengikut keperluan.
  •  Melibatkan diri dalam program Universiti dan program luar serta program Pusat Kesihatan Universiti (PKU), membantu dalam penyeliaan staf bawahan di PKU, membantu dalam pengurusan kualiti di PKU, membantu dalam percambahan idea dalam memperbaiki mutu perkhidmatan operasi klinikal di PKU mengikut standard Kementerian Kesihatan serta Universiti Awam yang lain selari dengan Misi Visi Univerisiti.
  • Bertindak sebagai Pegawai yang bertanggungjawab terhadap sub-unit yang wujud di PKU dan membantu dalam perancangan takwim PKU.
2. Juruterapi Pergigian U36 Tetap Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab kepada Dekan/Ketua Jabatan/ Ketua Unit dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan klinik pergigian, pencegahan jangkitan silang, sokongan pembelajaran, promosi kesihatan pergigian, sistem maklumat pesakit dan kemajuan fakulti.
  • Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang berkaitan.
3. Juruteknologi Pergigian U29 Tetap Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan makmal pergigian dari segi memastikan peralatan makmal pergigian berfungsi dengan baik, merekod hasil kerja di makmal dan menyediakan laporan hasil kerja bulanan atau tahunan. Memberikan sokongan pembelajaran iaitu membantu pensyarah/pelajar dalam menjalankan kerja amali, menyediakan bahan atau peralatan pergigian yang diperlukan, menyediakan model kerja dari plaster of paris atau lain-lain bahan untuk kegunaan amali pelajar, memberi demonstrasi tertentu seperti penggunaan peralatan atau cara-cara penggunaan bahan. Menjalankan kerja-kerja makmal iaitu membuat kerja-kerja makmal bagi kes yang dirujuk oleh pensyarah seperti pembuatan denture, crown, bridge dan lain-lain.
4. Pembantu Kemahiran (Elektrik) H19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan pemeriksaan, pembaikan dan juga tindakan segera ke atas semua aduan yang diterima daripada sistem atau talian.
  • Membuat pemeriksaan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan lampu jalan utama dan lampu kedudukan tinggi bangunan Zon B, di kampus tetap USIM.
  • Membuat pemeriksaan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan genset, memantau bekalan elektrik bangunan-bangunan bagi program dalaman USIM dan juga daripada pihak luar.
  • Membuat pemeriksaan ke atas kerja-kerja elektrik bagi skop ubahsuai kecil bangunan, pejabat-pejabat dan sebagainya serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh ketua Unit atau Penyelia.
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta mahir menggunakan komputer).
6. Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip) H19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa  oleh Ketua Jabatan.
7. Pengawal Keselamatan KP11 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 25 Jun 2020 2020 (Khamis) sehingga 8 Julai 2020 (Rabu).
  2. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
    Tarikh tutup permohonan : 08 Julai 2020 (Rabu)