JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Skim Taraf Jawatan Penempatan Skop Tugas
1. Penolong Pegawai Perubatan U29 Tetap Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab terhadap penjagaan perubatan primer, penjagaan kemalangan dan kecemasan serta tugas pentadbiran seperti penyeliaan kakitangan, memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan. Berperanan khusus dalam penjagaan di unit khas atau wad-wad di Pusat Kesihatan Universiti. Bertanggungjawab mengendalikan latihan dan program tertentu serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
2. Pembantu Keselamatan KP19 Tetap Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab menyelia dan menyelaras tugasa Pengawal Keselamatan Gred KP11 dan KP14, menentukan perjalanan kawalan di semua pintu masuk utama dan pintu masuk semua bangunan dipatuhi serta lokasi lain yang ditetapkan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
3. Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Tetap Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.


BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 04 September 2020 (Jumaat) sehingga 17 September 2020 (Khamis).
  2. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.

Tarikh tutup permohonan : 17 September 2020 (Khamis)