JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Skim Taraf Jawatan Penempatan Skop Tugas
1. Pegawai Tadbir N41 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Memastikan pengurusan risiko dilaksanakan di peringkat jabatan/ bahagian di USIM.
  • Menyelaras pelaksanaan melaksanakan proses pengurusan risiko untuk ISO, ISMS, kesihatan dan keselamatan pekerjaan USIM.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Audit Dalam untuk memastikan tindakan mitigasi dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.
  • Membuat pelaporan kepada pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah Universiti mengenai risiko USIM.
  • Calon yang mempunyai latar belakang dalam Sains Aktuari diberi keutamaan.
2. Pegawai Pergigian UG41 Tetap Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab kepada Koordinator Klinik dan Dekan dalam semua urusan berkaitan dengan peranan di Fakulti Pergigian iaitu memberi perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Pandan Indah.
  • Bertanggungjawab untuk melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan masyarakat, memberi bimbingan/demontrasi kepada pelajar dalam amalan pergigian dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
3. Juruterapi Pergigian U36 Tetap Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab kepada Dekan/Ketua Jabatan/ Ketua Unit dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan klinik pergigian, pencegahan jangkitan silang, sokongan pembelajaran, promosi kesihatan pergigian, sistem maklumat pesakit dan kemajuan fakulti.
  • Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang berkaitan.
4. Juruteknologi Makmal Perubatan U29 Tetap Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
5. Juruteknik Komputer FT19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem universiti.
6. Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip) H19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa  oleh Ketua Jabatan.
7. Penjaga Jentera Elektrik J19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan pemeriksaan, pembaikan dan juga tindakan segera ke atas semua aduan yang diterima daripada sistem atau talian.
  • Membuat pemeriksaan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan lampu jalan utama dan lampu kedudukan tinggi bangunan Zon B, di kampus tetap USIM.
  • Membuat pemeriksaan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan genset, memantau bekalan elektrik bangunan-bangunan bagi program dalaman USIM dan juga daripada pihak luar.
  • Membuat pemeriksaan ke atas kerja-kerja elektrik bagi skop ubahsuai kecil bangunan, pejabat-pejabat dan sebagainya serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh ketua Unit atau Penyelia.
8. Pembantu Operasi N11 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan.
9. Pemandu Kenderaan H11 Kontrak Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Berpengalaman mengendalikan bas dengan baik serta bertanggungjawab menjaga bas di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

 

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 22 November 2019 (Jumaat).
  2. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
    Tarikh tutup permohonan : 05 Disember 2019 (Khamis)