JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Skim Taraf Jawatan Penempatan Skop Tugas
1. Bendahari/
Pegawai Kewangan
W54 Pinjaman/
Kontrak
Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Kuasa dan kewajipan adalah berdasarkan Statut Universiti Sains Islam Malaysia (Bursar) 2017.
  • Kriteria yang diperlukan:
    • Pengalaman – Mempunyai sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Kewangan dan Akaun yang berkaitan.
    • Kepimpinan dan PengurusanMempunyai people skills yang boleh menerajui transformasi dan menggerakkan pasukan ke arah kecemerlangan selaras dengan Misi USIM 2022;
    • Reputasi dan PersonalitiMemiliki reputasi sebagai role model kepada warga Universiti dengan karisma, kredibiliti, sahsiah tinggi, integriti, kemahiran komunikasi yang baik, pengalaman yang diakui mutunya dan dihormati oleh masyarakat di dalam dan luar Universiti;
    • Pemikiran StrategikBerkeupayaan mengenal pasti, menjangka dan menganalisis isu dan masalah serta mengatur strategi penyelesaian yang berkesan.
    • Pemikiran Strategik – Berkeupayaan mengenal pasti, menjangka dan menganalisis isu dan masalah serta mengatur strategi penyelesaian yang berkesan.
    • Kecemerlangan Pengurusan:
      • Berkeupayaan mengurus dan mengelola sumber yang diperuntukkan dengan telus untuk mencapai Misi USIM 2022;
      • Berkeupayaan merangka, menetapkan dan melaksanakan dasar strategik dalam pengurusan kewangan dan perakaunan Universiti;
      • Berkeupayaan menasihati dalam hal ehwal kewangan kepada Pengurusan Universiti serta termasuklah crowdfunding, wakaf dan zakat Universiti;
      • Berkeupayaan mencetuskan idea-idea baharu, menyalurkan kepakaran dan idea serta meningkatkan usaha untuk mentransformasikan organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkesan selaras dengan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa; dan
      • Berkeupayaan memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan dilaksanakan dengan mematuhi piawaian yang berkuat kuasa;
    • Jaringan Hubungan – Berkeupayaan mengenal pasti peluang untuk membina perkongsian strategik dengan pihak yang berkepentingan untuk faedah dan kepentingan organisasi.
2. Pegawai Tadbir N41 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Memastikan pengurusan risiko dilaksanakan di peringkat jabatan/ bahagian di USIM.
  • Menyelaras pelaksanaan melaksanakan proses pengurusan risiko untuk ISO, ISMS, kesihatan dan keselamatan pekerjaan USIM.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Audit Dalam untuk memastikan tindakan mitigasi dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.
  • Membuat pelaporan kepada pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah Universiti mengenai risiko USIM.
  • Calon yang mempunyai latar belakang dalam Sains Aktuari diberi keutamaan.
3. Pegawai Tadbir (Pentadbir Web) N41 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam pembangunan dan penyelenggaraan portal rasmi USIM. Melaksanakan kerja-kerja teknikal penerbitan e-Risalah, pengurusan media sosial rasmi USIM, reka bentuk grafik dan multimedia, membantu pengurusan teknikal rakaman/siaran langsung yang berkaitan untuk USIMTV, FB Live dan platform media sosial yang lain serta pentadbiran dan kewangan.
  • Calon perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan pembangunan laman web (wordpress), mahir berkaitan aplikasi sistem dan aplikasi reka bentuk (Adobe), berpengetahuan luas berkaitan reka bentuk grafik serta platform media sosial serta sebagai digital content writer.
3. Juruterapi Pergigian U36 Tetap Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab kepada Dekan/Ketua Jabatan/ Ketua Unit dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan klinik pergigian, pencegahan jangkitan silang, sokongan pembelajaran, promosi kesihatan pergigian, sistem maklumat pesakit dan kemajuan fakulti.
  • Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang berkaitan.
3. Pembantu Operasi N11 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan.


BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 08 Disember 2020 (Selasa) sehingga 21 Disember 2020 (Isnin).
  2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.

Tarikh tutup permohonan : 21 Disember 2020 (Isnin)