JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Skim Taraf Jawatan Penempatan Skop Tugas
1. Juruteknik Komputer FT19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem universiti.
2. Pembantu Kemahiran (Paip) H19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
3. Pembantu Kemahiran (Kayu) H19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab menyelia dan mengawasi Bengkel Seni Bina dalam aspek keselamatan pelajar dan membantu pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengawal selia peralatan bengkel.
4. Pembantu Akauntan W19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.

 

PANDUAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 16 Julai 2021 (Jumaat) hingga 29 Julai 2021 (Khamis).
  2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.

Tarikh tutup permohonan : 29 Julai 2021 (Khamis)